in ,

Jutawan Jepun Cari Teman Istimewa Untuk ‘Melancong’ Ke Bulan

EOERgUNVAAE_0f9 (1)-tile

Bagi lelaki biasa, ingin mencari pengganti selepas putus cinta memang memakan masa yang lama. Tetapi bagi lelaki yang bergelar jutawan, ramai wanita yang akan berebut untuk menjadi teman istimewa mereka.

Begitu juga bagi bilionair Yusaku Maezawa yang merupakan pemilik laman fesyen paling terbesar di Jepun, Zozotown.

BACA: Kisah Puteri Balqis Tular, Komen Youtube Cetus Persoalan Tentang ‘Nama’

Maezawa yang baru-baru ini telah mengumumkan perpisahannya dengan seorang pelakon Jepun sedang menerima permohonan daripada wanita yang single berusia 20 tahun ke atas yang ingin menikmati kehidupan sepenuhnya.

Photo: Yusaku Maezawa

Jutawan tersebut telah mengeluarkan iklan di laman web rasmi dan media sosial mengumumkan pencarian seorang teman istimewa untuk dibawa ‘melancong’.

Proses pencarian itu akan didokumentasikan dalam sebuah rancangan mencari jodoh, Full Moon Lovers, di mana Maezawa akan keluar dengan beberapa calon teman wanita.

Annotation 2020-01-14 011205

Lebih menerujakan, wanita yang berjaya memenangi hatinya akan berpeluang untuk terbang mengelilingi bulan dengan roket SpaceX.

Usahawan 44 tahun itu berkata dia bersetuju dengan idea itu kerana kesunyian yang dialaminya .

Berkongsi di akaun Twitter, Maezawa menulis, “Sudikah awak menjadi wanita pertama yang terbang ke bulan?”

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Januari, 2020. Dia akan membuat pilihan wanitanya pada akhir bulan Mac selepas mengenali calon-calon yang memohon dengan lebih dekat.

Maezawa dijadualkan untuk mengembara ke angkasa lepas mengelilingi bulan pada sekitar tahun 2023 sebagai penumpang swasta pertama dalam pelayaran oleh usahawan Elon Musk.

Sumber: BBC

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

horsegirl-1536×923-tile

Kenali Ava Vogel, Gadis Yang Menguasai Kemahiran Berlari Seperti Kuda

thermometer_weibo-tile

Curiga Anak Demam Sampai 20 Hari, Rupa-Rupanya…