in ,

CuteCute LOLLOL

Kakak Obesiti ‘Fatshame’ Adik Buat Ramai Terbahak

1000-lb-sisters-amy-tammy-slatton-dr-charles-procter-jr-tile

Dalam kehidupan moden di mana terdapat pelbagai makanan menyelerakan di sekitar kita, masyarakat terdedah dengan masalah obesiti kerana godaan-godaan makanan yang manis dan berlemak.

Perkara ini membuka jalan kepada orang ramai untuk mengalami masalah kegemukan apabila mereka tiada masa untuk bersenam dan membuang semula kalori yang mereka ambil.

BACA: Tular Video Tentang Reunion Sekolah, Tapi Lagu Pilihan Bikin Terhibur

Lama kelamaan jika tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak diubah masalah ini boleh menjadi lebih parah apabila individu itu menjadi obes.

Image result for bloated gif

Obesiti bukan sahaja dapat memberi kesan buruk kepada kesihatan individu, tetapi juga kepada kehidupan harian, kerjaya, sosial dan masa depan.

Jalan untuk keluar dari masalah obesiti juga mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi, namun ia dapat dilakukan dengan semangat dan motivasi yang tinggi.

Begitu juga bagi 2adik beradik obes ini yang mengakui perlu mengubah diri mereka untuk masa depan.

Dalam sedutan klip dari rancangan 1000 lb Sisters, doktor bertanyakan apa motivasi adik beradik itu untuk menurunkan berat badan. Selain kerana masalah kesihatannya, Amy Slaton mengakui dia juga ingin mempunyai anak.

Namun Amy turut menambah, dia hanya ingin menjadi lebih sihat, tidak seperti adiknya. Terkejut dengan kenyataan Amy, adiknya Tammy bertanya apa yang tidak kena dengannya, yang mana Amy menyuruh adiknya melihat kegemukkannya.

Memandangkan Amy juga obes seperti adiknya, ramai yang geli hati dengan keberaniannya untuk fatshame Tammy.

Meraih 1.5 juta tontonan, netizen turut terhibur dengan reaksi terkejut Tammy yang membalas kepada Tammy bahawa dia tidak sedar diri.

Sumber: Twitter, In Touch

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

“Biasanya Gini Nak Berkawan…”- Gelagat 2 Sepupu Bikin Netizen ‘Geram’

ibu puteri balqis

“Oh mak mkn duit anak…”- Puteri Balqis & ibu kongsi cerita bersama Aliff Syukri