in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

“Kami ikat perut…”- Kisah Puteri Balqis makin jadi perhatian. Selebriti tampil…

nabila

Nama pelakon cilik, Puteri Balqis tidak dinafikan sentiasa meniti dibibir dengan pelbagai pujian daripada peminat drama tempatan. Bagaimanapun, sudah lama tidak mendengar khabarnya setelah dilaporkan menghidap penyakit kronik.

BACA: “Alhamdulillah.. banyak berubah…”- Peminat suka penampilan Elfira Loy lepas kahwin

Namun begitu, siapa menyangka nama pelakon cilik ini sejak kebelakangan hangat diperkatakan apabila rata-rata terkejut dengan kisahnya setelah muncul di iklan rancangan Bersamamu.

13534619_1060800553969509_1214629666_n (2)

Melalui program berkenaan, dia berkongsikan perubahan serta kesukaran dialaminya dan berkata perubahan hidup itu indah kerana Tuhan tidak mahu mereka lupa diri.

Menyedihkan ramai peminatnya, dia berkata pernah terputus makan selama dua atau tiga hari.

Bersamamu minggu ni mengikuti kisah kesusahan adik Puteri Balqis yang menghidap penyakit muntah berdarah dan asma yang kronik. Disaat ini, kehidupanya bersama ibunya yang merupakan ibu tunggal bergantung kepada hasil jualan buku yang ditulis sendiri oleh Puteri Balqis. Saksikan kisah selanjutnya dalam #bersamamutv3 jam 6.30 petang di TV3.

Posted by TV3 Malaysia on Saturday, January 11, 2020

Bagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian ramai dengan rata-rata mendoakan dirinya serta mahu membantunya yang kini menjual buku hasil titipan kisah hidupnya bertajuk ’30 Poems of Puteri Balqis.”

Kisah pelakon cilik ini juga mendapat perhatian daripada dua pelakon wanita seperti Ummi Nazeera yang turut berkongsi buku Puteri Balqis selain memuji bakatnya dalam bidang lakonan.

“Adik Balqis… akak suka…”

Dalam pada itu, pelakon Nabila Huda menerusi Berita Harian mengharapkan masyarakat terus memberikan kata-kata semangat buat pelakon cilik itu untuk bangkit selepas ini.

Seperti Ummi Nazeera, Nabila Huda juga akui Puteri Balqis sangat berbakat dan skill lakonan ada pada Puteri Balqis sememangnya tidak semua memilikinya dalam lingkungan usia seperti pelakon cilik itu.

80698157_464733570854327_8808236659644925310_n

“Saya sedih melihat Balqis dalam hidup begitu. Bukannya kita tidak tahu, Balqis pelakon berbakat. Saya percaya pasti banyak syarikat produksi yang mahu menawarkan dia berlakon. Siapa yang tidak mahu memanggil pelakon berbakat seperti Balqis? Jarang kita tengok pelakon cilik sehebat dirinya.”

Nabila Huda juga menganggap Puteri Balqis seperti anaknya bahkan sebelum ini dia bersama beberapa pelakon selebriti seperti Sharifah Sakinah dan Jihan Muse pernah mengadakan jualan barangan terpakai atau ‘preloved’ bagi membantu.

Dalam pada itu, tentang Puteri Balqis menjual buku pula Nabila Huda anggap ianya usaha pelakon cilik itu dan mendoakan agar dia mendapat kebahagian dan berjaya dalam apa saja usahanya.

Sumber: TV3 Malaysia, Ummi Nazeera, Berita Harian

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

lambat pergi kerja tayar pancit main

Wanita Kantoi Edit Foto Tayar Kena Paku, Alasan Lambat Datang Kerja

yana samsudin streaming game main

Yana Samsudin Jana Pendapatan Melalui ‘Game Streaming’