in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Kenali Ava Vogel, Gadis Yang Menguasai Kemahiran Berlari Seperti Kuda

horsegirl-1536×923-tile

Haiwan sememangnya mempunyai refleks dan kebolehan fizikal yang lebih baik dari manusia. Mereka mempunyai deria bau, bunyi dan penglihatan yang jauh lebih hebat berbanding manusia.

Malah kebanyakkan hidupan liar jauh lebih kuat dan pantas dari kita kerana keperluan mereka untuk memburu dan melarikan diri dari musuh.

BACA: Gunung Berapi Taal Meletus, Cantik Tapi Membinasakan

Jadi tidak hairanlah manusia sering menjadikan haiwan sebagai inspirasi untuk mereka menjadi lebih kuat dan hebat.

Seperti atlet lari pecut Usain Bolt yang digelar sebagai manusia cheetah, kini seorang gadis 16 tahun turut ingin menjadi seperti haiwan kegemarannya.

Ava Vogel dari Kanada mendakwa dia telah menguasai kebolehan melompat pagar seperti kuda. Dalam video yang dikongsikan, gadis itu dilihat berlari menggunakan keempat-empat kaki dan tangannya lebih daripada lima minit.

Menurut Ava, minatnya itu bermula ketika dia berusia 10 tahun di mana dia mula melibatkan diri dalam sukan ekuestarian.

Pada waktu lapang, dia dan rakannya akan berlari seperti kuda dan melompat pagar seperti yang kuda mereka lakukan.

Gadis itu kemudian menemui halaman Instagram untuk orang-orang yang gemar melakukan aktiviti itu sebagai hobi.

Ava berkata pergerakkannya menyerupai kuda jenis warmblood kerana dia sangat mengkagumi ketangkasan baka kuda tersebut.

Gadis itu menjelaskan bahawa untuk menguasai lompatan kuda, seseorang itu perlu berlatih melompat dengan lancar terlebih dahulu. Selepas itu barulah mereka boleh mencuba berlari seperti kuda dengan kedudukan kaki yang lurus serta tangan digenggam dekat dengan dagu.

Namun, mempunyai minat luar biasa seperti ini dalam zaman internet mendatangkan banyak reaksi negatif.

Rata-rata netizen tidak tahu bagaimana untuk menerima hobi pelik itu, malah ada juga yang mengatakan ia bukan hobi tetapi penyakit mental.

Sumber: Twitter, Story Trender

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EOHR9hgUUAYklGX (1)-tile

Gunung Berapi Taal Meletus, Cantik Tapi Membinasakan

EOERgUNVAAE_0f9 (1)-tile

Jutawan Jepun Cari Teman Istimewa Untuk ‘Melancong’ Ke Bulan