in ,

LOLLOL LoveLove OMGOMG

Kisah Louis, Kucing Buang Tabiat Disangka Hampir Mati, Tapi Sebenarnya…

page

Baik ahli keluarga mahupun haiwan peliharaan, kita pasti rasa gusar apabila teman kesayangan kita tiba-tiba kelihatan lemah dan tidak sihat.

Dalam kepercayaan kebanyakkan budaya, seseorang itu akan menunjukkan perangai yang pelik yang dikatakan sebagai ‘buang tabiat’ sebelum mereka meninggal.

BACA: Buang Bekas Pensil Baru Dalam Tong Sampah, Tindakan Ibu Ini Dipuji

Keadaan ini juga berlaku dalam dunia haiwan seperti kucing. Salah satu tanda seekor kucing itu sakit dan akan mati tidak lama lagi adalah apabila ia mengubah tabiatnya.

Antaranya adalah seperti tidur di tempat lain, tidak banyak berinteraksi, dan selalu termenung.

Image result for black catsad gif

 

Oleh itu, apabila PaladinAmber, pemilik seekor kucing bernama Louis perasan bahawa kucing hitamnya itu ‘buang tabiat’, dia menjadi sangat risau.

Menurut Amber dalam satu tweet, Louis menunjukkan tanda-tanda kucing yang hampir mati seperti tidak makan, minum atau tidur dan banyak menyembunyikan diri.

Wanita itu juga mengaku menangis memikirkan nasib kucingnya itu, namun dia tetap membawa kucing berusia 10 tahun itu untuk berjumpa dengan veterinar.

Selepas diperiksa, Amber terkejut apabila diberitahu bahawa kucingnya sihat dan organ pentingnya juga berfungsi dengan normal.

Doktor percaya Louis hanya kemurungan kerana kalah dalam pergaduhan dengan kucing lain.

Pendedahan itu membuat Amber geli hati kerana reaksi dramatik kucingnya itu sehingga membuat orang fikir dia akan mati.

 

Mujur Louis akhirnya berjaya move on dri kekalahannya dan dilihat meminum air buat pertama kali dalam 3 hari.

Perkongsian itu membuat Louis tular di media sosial, malah ramai netizen meluahkan rasa geli hati dan berkongsikan kisah yang sama berlaku dengan haiwan peliharaan mereka.

Anjing berlakon patah kaki untuk dapat perhatian.

1213538951320895489-png__700

Kucing buat drama kerana tidak mahu ditinggalkan.

1213510409287692288-png__700

Kemurungan kerana kawan baik mati.

1213496718668337152-png__700

Berpura-pura nak mati kerana pemilik dapat bayi baru.

1213479779699220481-png__700

Sumber: Twitter, Bored Panda

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shuib

Siti Sarah prank suami, tapi sikap Shuib tak teragak bagi wang ‘350k’ dipuji!

Foto sekadar hiasan / Sumber Foto: Medical News Today

Wabak Semakin Menular, Ini Info Tentang Influenza Yang Anda Perlu Tahu