in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Koleksi Poster Filem ‘Parasite’ Dihasilkan Semula Dari Serata Dunia

poster parasite main

Filem Parasite adalah sebuah filem Korea yang telah pun menemui penonton pada beberapa bulan lalu. Sebuah filem yang memaparkan mengenai kehidupan dua taraf berbeza iaitu miskin dan kaya. Filem ini juga meraih perhatian ramai bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia. Ini terbukti apabila poster filem tersebut dihasilkan semula oleh beberapa individu di serata dunia.

BACA: Budak Menari ‘Mengantuknya Mumia’ Di Sekolah Raih Perhatian Ramai

Filem yang mengisahkan mengenai sebuah keluarga yang tinggal di ruang basement bangunan kerana terlalu miskin. Namun pada satu hari, anak lelaki mereka mendapat kerja sebagai tutor di rumah orang kaya. Biarpun tiada kelulusan namun dengan trik licik anak lelaki dalam keluarga ini berjaya mendapat pekerjaan itu.

Salah satu babak dalam filem ini
Salah satu babak dalam filem ini

Dari situ bermulalah satu demi satu penipuan yang akhirnya melibatkan seluruh keluarga si miskin ini. Mereka satu keluarga menyamar dan menjadi pekerja kepada orang kaya ini. Namun konflik bermula apabila mereka merancang untuk mengenakan pembantu rumah keluarga kaya ini bagi membolehkan ibu mereka turut bekerja di situ.

Walaubagaimanapun mereka tidak tahu rahsia rumah tersebut sehinggalah bekas pembantu rumah itu muncul di depan kediaman orang kaya itu.

Dua beradik miskin dalam filem ini
Dua beradik miskin dalam filem ini

Rupa-rupanya bukan mereka sekeluarga sahaja yang menumpang kekayaan majikan mereka ini, malah bekas pembantunya juga. Dia menyembunyikan suaminya yang sedang diburu peminjam wang di ruang bawah tanah rumah majikannya itu.

Memang terbaik filem ini yang memaparkan realiti kehidupan masa kini. Biarpun begitu, di Twitter beberapa individu telah berkongsikan poster filem Parasite ini yang dihasilkan semula dengan cara tersendiri.

Berikut adalah beberapa poster filem Parasite yang dikongsikan di sosial media:

ENmn_hQUYAEaORh-tile

ENmscloUYAEaAms-tile

ENmsIISUcAAbJ-G-tile

ENnZTUXUYAApInH-tile

ENo_jD0WsAcAFGA-tile

ENq9BHDUcAEK1Vm-tile

ENq9CWiVUAAtBem-tile

ENq9zgwUUAAIHms-tile

Sumber: Twitter

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

dad-babysits-kids-takes-nap-drawing-1-5e05e01cb5cd2__700-tile

Cara Kreatif Bapa Ini Menjaga Anak-anak Di Rumah Undang Geli Hati

Pelakon Hun Haqeem

“Bagi saya tak salah kalau nak kahwin awal, itu pun sunnah…”- Hun Haqeem