in

LoveLove

Kucing ‘Layan’ Dengar Bacaan Al-Quran, Marah Apabila Diganggu

kucing layan bacaan al quran main

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan gelagat seekor kucing khusyuk mendengar alunan bacaan al-Quran dari sebuah telefon pintar. Rakaman Kucing ‘layan’ dengar bacaan al-Quran itu membuatkan ramai kagum.

BACA: Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Dengan Bermain Pokemon Go

Menerusi video berdurasi kurang dari satu minit itu kelihatan seekor kucing gebu sedang memeluk sebuah telefon pintar yang terpasang bacaan al-Quran. Sedang asyik melayan bacaan itu, satu tangan mencuba mengambil telefon pintar itu darinya.

Foto sekadar hiasan. Sumber: ISMAweb
Foto sekadar hiasan. Sumber: ISMAweb

Tidak mahu melepaskan telefon pintar itu, kucing tersebut menepis tangan yang cuba mengambilnya.

Berikut adalah video yang memaparkan gelagat kucing ini:

Allahuakbar, video ini dikongsikan oleh @alafasy. Tanda kekuasaan Allah SWT hanya di sekeliling kita sahaja. Sujud syukur kepadaMu Ya Allah kerana kami masih bernafas dibumi ini. #hijrahkongsi #hijrah #cintai #islam #tvalhijrah #alafasy #tvkitauntuksemua

Posted by TVAlhijrah on Tuesday, January 7, 2020

Amboi, bukan main-main tau kucing ini. Sudahlah comel, bijak pulak tu! Cukup luar biasa reaksinya jika ada yang mahu menganggu ketika dia sedang mendengarkan alunan bacaan al-Quran. Beruntung pemilik kucing gebu ini.

Rakaman ini telah meraih lebih 343 ribu tontonan. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video gelagat Kucing ‘layan’ dengar bacaan al-Quran ini di ruangan komen seperti berikut:

“Allahuakbar..Haiwan pun pandai menghormati…Ayat2 Al-Quran”

kucing layan bacaan al quran 2

“Comelnya kucing ni. Haiwan pun pandai tahu nak dengar ayat suci al-Quran”

kucing layan bacaan al quran 3

“Ya Allah haiwan pun suka dengar ayat-ayat suci al-Quran”

kucing layan bacaan al quran 4

“Haiwan lagi tahu menghargai ayat2 suci Al-Quran. Khusyuk mendengar, tapi kita ni manusia sentiasa terleka….”

kucing layan bacaan al quran 1

Sumber: TV Al-hijrah

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Che Ta kongsi foto sekitar majlis kahwin Sasha Saidin

“Bila org tgk…”- Kemeriahan dimajlis kakak ipar, Che Ta payung foto lawa!

page

Pelajar Hasilkan Gambar ‘Close Up’ Hanya Menggunakan Telefon Pintar