in ,

CuteCute OMGOMG WTFWTF

Kucing Tersangkut Dalam Lubang, Gelagat Tuannya Bikin Berdekah

Foto hiasan. Sumber: International cat care
Foto hiasan. Sumber: International cat care

Sejak semalam satu video yang memaparkan seekor anak kucing tersangkut dalam lubang menjadi tular di sosial media. Anak kucing yang tersangkut itu menjadi satu hal untuk dikeluarkan, malah gelagat tuannya yang membebel pada kucing tersebut buat ramai tertawa.

BACA: Raih 1.3 Juta Views Kucing Pakai Kostum Tarian Singa, Ramai Terhibur!

Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Suhana Binti Rahim dan kemudiannya dipaparkan semula oleh era.je di laman Instagram mereka.

Menerusi perkongsian semula itu, lebih 140,000 tontonan dan pelbagai reaksi dari netizen. Manakan tidak, dalam video itu kelihatan seekor anak kucing yang tersangkut di dalam satu lubang dan kedengaran suara seorang wanita.

Foto hiasan. Sumber: International cat care
Foto hiasan. Sumber: International cat care

Wanita yang difahamkan adalah tuan kepada kucing itu membebel serta memarahi anak kucing tersebut setelah pulang ke rumah dan mendapati ia tersangkut di dalam lubang tersebut.

Berikut adalah video yang telah meraih perhatian ramai itu:

Alahai, si comel! Dah macam mana pula boleh masuk tapi tak boleh keluar dari lubang ini?

Video ini telah meraih lebih 28,000 likes dan rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Dah masuk lubang, dimarah pula. Hahah omey lahai muka pasrah je kena marah”

kucing tersekat 2

“Sian awak ni…Nasib baik ibu balik awal tau”

kucing tersekat 3

“Kesian si comel..Apa kesudahannya ye..Mama tu sayang sangat tu sebab takut jadi apa2”

kucing tersekat 1

Sumber: era.je / FB Suhana Binti Rahim

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Naqiu berlakon main

Naqiu Boboy Mula Berlakon, Peminat Beri Sokongan Padu

elfira2

“Alhamdulillah.. banyak berubah…”- Peminat suka penampilan Elfira Loy lepas kahwin