in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Lagi Bloopers Kampung People, Elly Mazlein Sendiri Tak Tahan Ketawa!

elly mazlein dengkur bloopers main

Biarpun Kampung People sudah pun melabuhkan tirainya Rabu lalu, namun ‘demam’ drama ini nampaknya masih belum surut. Terbaru pengarah Kampung People, Wan Hasliza Wan Zainuddin berkongsikan pula bloopers babak Elly Mazlein yang tidak tahan ketawa ketika berlakon drama ini.

BACA: Biodata Hun Haqeem, Pelakon Watak Jekfer Dalam Kampung People

Menerusi perkongsian pengarah drama ini di laman Instagram miliknya, kelihatan babak ketika Minah Selamat (Elly Mazlein) berada di rumah kawan sekampung bagi aktiviti persatuan wanita di Kampung Sinaran Baru.

Salah satu babak dalam drama ini
Salah satu babak dalam drama ini

Namun aktiviti ketika itu yang membuat ulasan mengenai buku motivasi membuatkan semuanya kebosanan. Lebih teruk lagi Minah Selamat siap tertidur dan berdengkur dengan mata yang terbuka.

Bagi menjayakan babak ini, kelihatan Elly Mazlein sendiri tidak tahan untuk tertawa kerana adegan ‘masuk air’ Minah Selamat ini.

Berikut adalah video bloopers yang dikongsikan oleh pengarah, Wan Hasliza Wan Zainuddin:

Video bloopers Kampung People Elly Mazlein tersebut telah meraih 7,500 tontonan dan 842 likes. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Macam mana akak2 yang lain tu boleh tak gelak ya masa Kak Lina gelak”

elly mazlein dengkur bloopers 2

“Great work. So brilliant, this is not typical Malay drama. Keep it up. I need S2….”

elly mazlein dengkur bloopers 3

“Sengal mah2 nih! Hahaha”

elly mazlein dengkur bloopers 4

“Tak tahan aku masa ni weii..Hahahha”

elly mazlein dengkur bloopers 1

Sumber: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Selepas Nasi & Pizza Boba, Kini Ada Losyen Badan Boba Milk Tea Pula

tik tok aeril zafrel main

Buat Video Tik Tok, Ramai Terhibur & Puji Aeril Zafrel