in

CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Lagu Tahun Baru ‘Cute Girl’ Dari Kartun Si Nopal Terima Pelbagai Reaksi

tahun baru si nopal main

Siri animasi dari Indonesia, Si Nopal pernah tular di sosial media sebelum ini dengan lagu Berkhemah. Liriknya cukup ringkas dengan suara yang unik membuatkan ramai ‘tersangkut’ dengan lagu ini selepas mendengarkannya. Namun begitu, baru-baru ini lagu Tahun Baru pula dari siri animasi tersebut menjadi perhatian ramai.

BACA: Cover ‘Dance Monkey’ Dengan Lirik Sendiri, Ramai Terhibur!

Lagu terbaru nyanyian Cute Girl atau nama lainnya Cuty dari animasi Si Nopal itu adalah bersempena tahun baru. Berkisarkan tentang ‘new year new me’ katanya turut mengambil konsep yang sama dengan lirik yang ringkas.

Biarpun suaranya yang unik itu tidaklah terlalu mengasyikkan, namun lagu barunya ini turut mencuri perhatian ramai. Mungkin kerana liriknya yang mudah ‘melekat dalam kepala’ menjadikan lagu ini cukup mudah untuk diingati.

Berikut adalah lagu bersempena tahun baru dari siri animasi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter:

Video nyanyian tersebut telah meraih lebih 335,000 tontonan dengan 30,400 retweets serta 24,300 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai lagu tahun baru Si Nopal ini di ruangan komen seperti berikut:

“Haha thanks la. Bermakna sikit la new year ni bila dah dengar lagu ni hahaha”

tahun baru si nopal 1

“Tak lawak tapi kenapa melekat pula lagu ni dekat kepala aiyaaa”

tahun baru si nopal 2

“Pagiku indah lagi2 bila lepas dengar lagu hiuhiuhiu hoi tahun baruuu Hahahaha”

tahun baru si nopal 3

“First time tengok orang nyanyi dengan bahu terangkat”

tahun baru si nopal 4

Sumber: aisyaa_azmi

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

foto fara fauzana

Netizen ‘geram’ tengok 8 foto luar biasa Fara Fauzana!

page

Tahun 2020 Disambut Tanpa Kereta Terbang, Tapi Kemahiran ‘Editing’ Semakin Hebat