in ,

CryCry OMGOMG

Langit Bertukar Merah, 500 Juta Haiwan Mati Akibat Kebakaran Di Australia

page

Sejak September tahun lepas kita digemparkan dengan berita kebakaran hutan yang melanda Australia. Pakar ekologi pula telah menganggarkan sekitar 500 juta binatang dan tumbuh-tumbuhan binasa akibat bencana itu.

BACA: Aksi Lelaki Bermain Buaian Jadi Ilusi Optik Terakhir Dalam Dekad Ini

Antara yang menjadi mangsa adalah 8,000 ekor beruang koala, satu pertiga dari populasi koala di New South Wales.

Haiwan marsupial terancam.

Koala adalah salah satu spesis paling terkesan dengan bencana itu kerana habitat mereka yang terletak di kawasan hutan yang musnah dijilat api.

Dari awal bulan lepas banyak laporan berkenaan adegan-adegan koala dan haiwan marsupial lain yang ditemui dalam keadaan tidak sihat dan parah.

View this post on Instagram

There were about a dozen cyclists around me watching this (all men) and several commented that it was genuinely the best thing they’ve witnessed. What a truly wonderful experience. Check out my previous posts this morning for explanation. : : : #cyclingtips #cycling #roadcycling #roadbike #roadbikelife #lifeonabike #travelbybike #cyclingphotography #cycleshots #rideyourbike #instacycle #veloclub #cyclinglife #fromwhereride #switchbacks #roadslikethese #cyclingpassion #cyclingworld #whenindoubtpedalitout #womenonbikes #womenriders @cyclingtips @veloclub.cc @iamspecialized @iamspecialized_wmn @womenridebikes #rideadelaide #radelaide #adelaide #adelaidehills #southaustralia #koala #koalabear #koalabears #australia

A post shared by Lulu (@bikebug2019) on

Terbaru, lebih 4,000 penduduk dan pelancong di bandar Mallacoota terperangkap dan terpaksa berlindung di tepi pantai pada malam tahun baru, apabila kebakaran hutan menutup satu-satunya jalan utama.

Dalam gambar-gambar yang disifatkan sebagai apokaliptik, orang ramai di Mallacoota terpaksa memakai jaket keselamatan dan melarikan diri ke tasik dan pantai berdekatan.

Malah kebakaran yang akhirnya tiba di kawasan itu sungguh agresif sehingga menggelapkan langit dengan warna merah darah.

Setakat ini sebanyak 17 orang dilaporkan terkorban, manakala lebih daripada 900 rumah musnah hanya di New South Wales sahaja.

Punca kebakaran.

Setiap tahun, terdapat musim kebakaran yang hadir bersama musim panas di Australia, akibat cuaca panas dan kering yang memudahkan api untuk hidup dan tersebar.

Biasanya bencana ini terjadi secara semula jadi seperti panahan kilat di hutan yang kering.

Namun ditambah pula dengan haba dan kemarau yang berterusan,ramai yang turut menunding jari ke arah perubahan iklim sebagai faktor yang menjadikan bencana alam ini dari teruk kepada lebih buruk dan luar biasa.

Kawasan yang terkesan.

Berikut adalah kawasan yang terjejas yang dalam kebakaran di Australia, di mana NSW menjadi negeri yang mendapat pukulan paling teruk.

A satellite image of the bushfires burning across Australia on December 26.

 

Sumber: CNN, WOB

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

79775827_1291476564377307_4879143343473160289_n-tile

Tahun baru, Zamani naik pelamin! “Saya rasa seolah-olah seperti bermimpi”

mira3

Soalan kahwin, jawapan ‘sama’ Mira Filzah & Caprice buat peminat tak keruan!