in

AngryAngry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG

“Lebih baik single yang menyenangkan…”- Zizan Razak

pelakon Zizan Razak masih single

Untuk pengetahuan ramai, pelakon dan pelawak terkenal ini merupakan selebriti yang paling popular menerusi laman Instagram dengan mempunyai 6.8 juta followers.

Ternyata, posting terbaru daripada Zizan Razak yang juga bergelar penyanyi popular dalam industri tanah air telah mendapat perhatian ramai peminat dan pengikut.

BACA: Rashidi Ishak kongsi ‘bloopers’ Kampung People, gelak sepanjang shooting!

Difahamkan masih berstatus solo, kata Zizan Razak menerusi Instagram lebih baik ‘single’ yang menyenangkan berbanding daripada berpasangan namun merumitkan.

Namun seloroh pelawak terkenal ini juga, melalui posting yang sangat kena dengan foto dimuat naik turut membuatkan peminatnya cair.

Status Zizan Razak jadi perhatian

“Lebih baik single yang menyenangkan dari berpasangan yang merumitkan. Tapi siapa yang single abang tembak hati adik,” tulis pelakon filem Polis Evo ini.

Kapsyen yang bagi peminatnya ‘padu’ itu membuatkan mereka turut berseloroh dengan pelakon ini selain posting Zizan Razak sebentar tadi juga mendapat ribuan tanda suka yang sehingga kini sudah mencecah lebih 40,000!

Malah menerusi status Zizan Razak itu juga ada yang meminta agar dia perlu menembak dan yang mana kena terus saja dipinang jejaka ini.

“Ayat padu…”

pelakon Zizan Razak masih single

pelakon Zizan Razak masih single

“Dia punya pickup line tersentuh dlm hati bang”

pelakon Zizan Razak masih single

“Ayat abang yang pertama memang mantul… yang last lawak”

Untuk perkembangan selebriti ini, dapat dilihat Zizan Razak seperti sedang sibuk shooting bagi filem Polis Evo 3 dan menerusi perkongsian terbarunya itu, dia turut menulis hashtag filem berkenaan.

Sumber: Instagram Zizan Razak

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

elly (2)

Parodi ‘lagak’ Elly Mazlein dalam Kampung People, penonton kata win habis!

kucing

Lelaki takut ‘kucing’ dianggap mempunyai tahap comel berbeza