in

CryCry CuteCute LOLLOL OMGOMG WTFWTF

Lelaki Ini Cipta Lagu Putus Cinta, Ramai Beri Kata Semangat Dan Pujian

Foto sekadar hiasan
Foto sekadar hiasan

Sebelum ini pernah tular di sosial media dengan seorang lelaki yang mencipta dan menyanyikan sendiri lagunya selepas putus cinta. Baru-baru ini lagi seorang lelaki yang putus cinta turut menghasilkan lagu sendiri dan menyanyikannya turut menjadi perhatian ramai.

BACA: Demi Hiburkan Rakan Sedih Putus Cinta, Lelaki Ini Hiburkan Dengan Nyanyiannya. Sedap!

Video nyanyian tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Faliq Fahmie beberapa hari lalu. Difahamkan suara nyanyian lelaki itu adalah sahabat kepada Faliq Fahmie. Biarpun begitu dalam video tersebut wajah sahabatnya itu tidak kelihatan.

Dalam rakaman berdurasi hampir dua minit itu kedengaran suara lelaki tersebut sedang menyanyi sebuah lagu balada sambil diiringi bunyi petikan gitar.

Menerusi ruangan kapsyen Faliq Fahmie menceritakan kisah mengenai sahabatnya itu. Menurut lelaki ini sahabatnya itu sudah menyulam kasih bersama bekas kekasihnya selama 2 tahun. Namun akhirnya terpisah kerana kekasihnya berkahwin dengan orang lain.

Berikut adalah video lagu putus cinta nyanyian temannya ini yang telah meraih perhatian ramai:

Video nyanyian lelaki ini telah meraih lebih 278,000 tontonan dengan 16,700 retweets serta 21,200 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Sedap suara adik ni..akan ada yang terbaik untukmu dik…”

lagu putus cinta 2 tahun 4

“Wehhh sedihnyaaaa lagu dia”

lagu putus cinta 2 tahun 1

“Ape yang aku leh cakap semoga tabah dan berusaha untuk bangkit tunjuk kat family dia…”

lagu putus cinta 2 tahun 2

“Sedapnya suara, aku tahu kau tabah dan sabar menghadapi semua ni…”

lagu putus cinta 2 tahun 3

Sumber: Faliq Fahmie

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seekor Kucing Pakai Kostum

Raih 1.3 Juta Views Kucing Pakai Kostum Tarian Singa, Ramai Terhibur!

datuk beli bas sekolah main

Datuk Beli Bas Sekolah Mini Untuk Hantar 10 Cucu Ke Sekolah