in ,

AngryAngry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Lelaki Sanggup ‘Edit’ Filem Disney Untuk Lamar Teman Wanita

page

Bagi lelaki, melamar boleh menjadi satu tekanan yang tidak dapat dielakkan. Kebanyakkan orang mungkin tidak sabar untuk terus ke jinjang pelamin, namun proses lamaran tidak kurang pentingnya.

Jika dilakukan secara sambil lewa, wanita akan merasakan teman lelaki mereka tidak bersungguh-sungguh ingin mengahwini mereka. Malah bagi ramai wanita, proses lamaran juga perlu sempurna kerana ia adalah detik istimewa dalam hidup mereka yang akan mereka kenang sampai bila-bila.

BACA: Wanita Kantoi Edit Foto Tayar Kena Paku, Alasan Lambat Datang Kerja

Ramai wanita yang membesar dengan filem-filem Disney pasti mengimpikan mereka dilayan seperti puteri suatu hari nanti.

Image result for disney proposal gif

Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki merancang untuk melamar teman wanitanya ketika menonton filem Disney kegemaran gadis itu di pawagam.

Ketika babak Prince Phillip hadir melawat Princess Aurora yang sedang tidur, Sthuthi David keliru mengapa kedua watak itu kelihatan lain.

Ini kerana teman lelakinya Lee Loechler telah menghabiskan masa 6 bulan bekerja bersama pakar illustrasi untuk menukar watak Phillip dan Aurora kepada dirinya dan teman wanitanya.

Dalam video yang tular, Sthuthi kelihatan keliru menyaksikan perubahan dalam filem Sleeping Beauty itu. Tiada dalam filem asal, watak lelaki itu mengeluarkan kotak cincin dari poketnya, sebelum mencampakkannya ke arah skrin.

Lee kemudian berdiri untuk ‘menyambut’ kotak cincin itu dan melutut di hadapan teman wanitanya. Wanita itu terkejut apabila menyedari seluruh pawagam dipenuhi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Lamaran penuh ajaib itu juga berjaya membuat wanita itu bahagia dan menerima lamaran teman lelakinya itu.

Sumber: Youtube, Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

neighbor-calls-police-screaming-parrot-2-5e182dca5eb16__700-tile

Jiran Hubungi Polis Selepas Dengar Suara Perempuan Minta Tolong, Rupa-Rupanya…

skynews-aidan-jackson-gaming_4889215-tile

Diserang Sawan Ketika Main Game, Rakan Internet Selamatkan Nyawa