in

Letusan Gunung Berapi Taal Jadi Latarbelakang Perkahwinan

gunung berapi taal jadi latarbelakang perkahwinan main 2

Ahad lalu dunia dikejutkan dengan letusan gunung berapi Taal yang terletak di Filipina. Namun kisah mengenainya menjadi perhatian ramai apabila letusan gunung berapi Taal jadi latarbelakang perkahwinan di sana.

BACA: Raih Gelaran Mister Tourism World, Danial Hansen Harumkan Malaysia!

Pasangan pengantin, Chino Vaflor dan Kat Bautista Palomar mengadakan majlis penyatuan mereka di Savana Farm Tagaytay. Lokasi itu terletak kira-kira 10 batu dari Gunung Berapi Taal. Jarak itu menjadikan gunung yang sedang meletus itu menjadi latarbelakang pada foto di majlis perkahwinan itu.

Sumber foto: Warren S. Garcia
Sumber foto: Warren S. Garcia

Jurugambar perkahwinan mereka, Randolf Evan sempat merakamkan foto pasangan ini dengan menyaksikan efek letusan gunung berapi tersebut.

Menurut Randolf Evan, dia dan pasukannya sentiasa menyemak sosial media jika ada sebarang berita terkini mengenai letusan Gunung Berapi Taal itu. Katanya dia sangat risau ketika bertugas di majlis tersebut. Malah dia turut berbincang dengan pasukannya apa yang mereka perlu lakukan jika sesuatu yang buruk berlaku.

Sumber foto: Randolf Evan Photography
Sumber foto: Randolf Evan Photography

Biarpun begitu tetamu jemputan dan semua yang ada di majlis tersebut bertenang biarpun gunung tersebut masih meluahkan laharnya di belakang acara itu.

Berikut antara beberapa foto Gunung Berapi Taal jadi latarbelakang perkahwinan itu:

Sumber foto: Randolf Evan Photography
Sumber foto: Randolf Evan Photography
Sumber foto: Randolf Evan Photography
Sumber foto: Randolf Evan Photography

The Philippine Institute of Volcanology And Seismology mengumumkan keadaan letusan Gunung Berapi Taal paling teruk berlaku pada Ahad petang. Ini menjadikan ia satu langkah berjaga-jaga .

Untuk info, Gunung Berapi Taal ini adalah yang kedua teraktif di Filipina dan merupakan gunung berapi terkecil di dunia.

Sumber: BBC

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

mawar2

Mulianya hati Mawar Rashid tolong kumpul derma buat adik ini, cecah 17K…

adik maisarah training atlet main

Gelagat Adik Maisarah ‘Training’ Jadi Atlet Curi Tumpuan Lagi!