in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Mawar Rashid Cover Dance Monkey. Tak Sangka Suara Sedap & Comel!

mawar rashid dance monkey main

Nama seorang pelakon wanita, Mawar Rashid kini sering mendapat perhatian gara-gara lakonannya dalam drama yang kini ditayangkan di TV berjudul TQ Captain. Selepas melahirkan anaknya tahun lalu, Mawar Rashid giat menghasilkan video buat channel YouTube miliknya sendiri.

Biarpun begitu, beberapa hari lalu, figura ini turut menghasilkan cover Dance Monkey dan telah meraih perhatian ramai. Mengikuti trend terkini, Mawar juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan video nyanyian lagu ini.

Video berdurasi satu minit 33 saat itu dikongsikannya melalui laman Instagram milik pelakon ini sendiri dan menerusi video tersebut, kedengaran Mawar memberitahu waktu ketika rakaman itu dilakukan sudah jam 1 pagi dan dia hanya berpakaian baju tidur serta menyarung jaket.

BACA: Diana Danielle & Ain Edruce Cover Dance Monkey. ‘Crack’ Habis!

Selain itu melalui ruangan kapsyen, dia menulis ini adalah percubaan kali pertama Mawar Rashid cover Dance Monkey. Malah lirik pun masih belum diingati. Berikut adalah video yang dikongsikan olehnya itu:

Video ini telah meraih lebih 74,000 tontonan sejak dimuat naik 8 jam yang lalu. Rata-rata pengikutnya di Instagram memuji suara Mawar Rashid cover Dance Monkey ini. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Lagu ni femes betul. Tapi tak suka penyanyi ori punya suara. Yang cover camni lagi power….”

mawar rashid dance monkey 4

“Sedap suara Mawar”

mawar rashid dance monkey 1

“Alaa sedapnya suaraa dengan rentak lagu pun kena eh”

mawar rashid dance monkey 2

“Sedap suara Mekwa”

mawar rashid dance monkey 3

Sumber: Mawar Rashid

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Foto paling kanan sekadar hiasan

Gelagat Dua Budak Solat Sempat Bisik “Nanti Beli Mainan”, Bikin ‘Geram’!

bakat hun haqeem dipuji main

Bakat Hun Haqeem Dalam Drama Kampung People Dipuji Ramai