in ,

Mulianya hati Mawar Rashid tolong kumpul derma buat adik ini, cecah 17K…

mawar2

Baru-baru ini selebriti terkenal, Mawar Rashid ada meluahkan rasa sedihnya melihat seorang bayi comel bersama keluarganya yang telah menerima satu ujian.

BACA: “Doktor sahkan dia bukan kanser tapi…”- Ibu Puteri Balqis

Kata Mawar Rashid, dia melihat satu posting menerusi laman Facebook (FB) lalu memasang niat untuk menjenguk ke tempat mereka di Kulim, Kedah bagi menghulurkan bantuan semampunya.

Isteri kepada Raf Yaakob ini juga memberitahu sudah menelefon ibu kepada bayi itu dan akan menghantar senarai keperluan.

Disamping itu, Mawar Rashid juga bertanya kepada peminat dan pengikutnya jika ada yang turut mahu menghulurkan bantuan dan mengajak untuk bersama-sama membantu mereka.

“Mohon bantuan semua…”

2
Antara foto dikongsikan Mawar Rashid di Instagram

Oleh kerana ada yang turut ingin melakukan perkara yang sama seperti selebriti ini, lalu dia memberitahu langkah bakal dilakukan dengan mengumpulkan derma daripada ramai dan akan dikemaskini menerusi laman Instagram miliknya.

“Mawar plan macam ni…”

Mawar Rashid tolong kumpul derma

Mawar Rashid turut meninggalkan nombor akaun bagi memudahkan mereka yang ingin turut sama memberikan bantuan.

Dalam pada itu, sudah beberapa kali dikongsikan jumlah kutipan berkenaan kepada ramai, membuatkan selebriti ini tumpang gembira apabila ia sudah mencecah RM 15,000.

Mawar Rashid dilihat sangat bersyukur selain memuji rakyat Malaysia yang mempunyai sikap prihatin dan berterima kasih kepada semua yang sama-sama turut membantu.

Dalam pada itu, Mawar Rashid turut berkongsikan video adik comel itu dan turut berkongsikan jumlah terkini bantuan yang sudah mencecah angka 17 ribu.

Mawar Rashid tolong kumpul derma itu bagaimanapun mendapat pelbagai pujian netizen yang turut mendoakan dirinya.

Reaksi ramai

Screenshot_551

Screenshot_552

Screenshot_553

Screenshot_554

Sumber: Mawar Rashid

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

foto

Netizen ‘terubat’ rindu dengan P. Ramlee bila lihat Fairuz Misran

gunung berapi taal jadi latarbelakang perkahwinan main 2

Letusan Gunung Berapi Taal Jadi Latarbelakang Perkahwinan