in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

“Nak Jihan”- Kejutan Meletop awal 2020, Erra Fazira kendali bersama Nabil

erra

Setelah Neelofa selaku pengacara Meletop mengundurkan diri secara rasmi pada minggu lalu, ramai yang semakin tertanya-tanya siapakah yang menggantikan posisi selebriti popular itu yang akan bergandingan dengan Nabil Ahmad.

Meletop pada tahun 2020

Bahkan, sejak kebelakangan ini ramai nama selebriti tanah air telah ‘dipetik’ peminat rancangan berkenaan untuk meneka sebagai pengacara Meletop dan diantaranya Jihan Muse, Ain Edruce malah Mira Filzah juga jadi sebutan ramai.

BACA: Rashidi Ishak kongsi ‘bloopers’ Kampung People, gelak sepanjang shooting!

Bagaimanapun, semalam Nabil Ahmad tidak hanya muncul sendiri di set Meletop namun pihak produksi menjemput pelakon dan penyanyi yang sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan iaitu Erra Fazira.

“Surprise! Bukan main main tau parner Nabil untuk episod pertama Meletop 2020. Erra Fazira…”

Posting di Instagram yang dapat dilihat disamping Nabil Ahmad ada selebriti terkenal itu membuatkan foto berkenaan meraih ribuan tanda suka.

Namun begitu, Erra Fazira didedahkan hanyalah pengacara jemputan rancangan Meletop sahaja untuk menemani Nabil Ahmad bagi episod pertama pada tahun baharu 2020 ini.

Difahamkan, pengacara baru untuk Meletop masih belum didedahkan lagi buat masa sekarang.

Oleh kerana itu, menerusi ruangan komen di laman Instagram rasmi Meletop ramai yang inginkan Jihan Muse untuk bergandingan bersama Nabil Ahmad.

“Nak Jihan”
Meletop pada tahun 2020

Meletop pada tahun 2020

Screenshot_396

Screenshot_397 Screenshot_398

“Tengok Kak Erra…”

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa suka dengan cara Erra Fazira mengacara dan mengharapkan dia sebagai penganti Neelofa di Meletop.

Screenshot_389

Screenshot_390

Screenshot_391

Screenshot_392

Screenshot_393

Sumber: Meletop

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

hun haqeem birthday main

Hun Haqeem Bagi Ucapan Sempena Hari Jadi Buat Ramai Tertawa

Kampung People di Hot Fm main

Pelakon Kampung People di Hot FM Bikin Kecoh Habis!