in ,

Nenek Turunkan Cucu Guna Tali Di Balkoni Untuk Selamatkan Kucing

page

Mereka yang membela haiwan peliharaan di rumah bertingkat perlu berhadapan dengan pebagai risiko keselamatan.

Lebih-lebih lagi bagi kucing yang sukar untuk dilatih dan gemar mengembara, mereka lebih mudah terdedah kepada bahaya.

BACA: Helikopter Jatuhkan Lobak Dan Ubi Dari Udara Untuk Bantu Hidupan Liar Di Australia

Kucing juga mudah terkenal dengan sifat mereka yang tidak mempedulikan keselamatan apabila mangsa mereka ada di hadapan mata.

Tidak hairanlah kucing sering terperangkap di atas tempat yang tinggi kerana cuba menangkap burung.

Related image

Situasi ini juga boleh berlaku di rumah bertingkat, apabila kucing peliharaan mendengar kicauan burung di luar tingkap.

Akibatnya mereka akan keluar ke balkoni dan meloloskan diri dari rumah pemilik mereka untuk memburu.

Related image

Itulah yang berlaku kepada seorang nenek di China ini apabila kucing kesayangannya terperangkap di luar balkoni rumahnya.

Risau dengan keselamatan kucingnya itu, nenek yang dikenali sebagai Tang itu mendapatkan bantuan cucunya yang berusia 7 tahun untuk mengambil kucing itu.

Dalam video yang tular, kanak-kanak bernama Hao Hao itu dilihat sedang diturunkan ke balkoni tingkat bawah menggunakan tali oleh nenek dan pak ciknya.

Ketika kejadian berlaku, ibu bapa kanak-kanak itu sedang bekerja di luar bandar. Saksi yang terlihat adegan itu menjerit meminta nenek itu menghentikan tindakan tersebut namun tidak dipedulikan.

Kanak-kanak itu kemudian berjaya menangkap kucing berkenaan dan memasukkannya ke dalam beg sebelum ditarik naik oleh neneknya.

Apabila pihak berkuasa sampai, Tang berkeras bahawa tindakannya itu tidak membahayakan nyawa budak itu.

Namun apabila dia menonton semula rakaman yang diambil oleh saksi, dia berasa kecut perut dan mengakui perbuatannya itu adalah berbahaya.

Dia juga berkata dia bertindak sedemikian bukan kerana dia sanggup membahayakan nyawa cucunya untuk selamatkan kucing kesayangannya. Tetapi kerana dia pasti cucunya akan selamat.

Sementara itu, budak tersebut yang tidak mengalami apa-apa kecederaan berkata dia langsung tidak rasa takut ketika melakukan aksi itu.

Sumber: Next Shark

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Helikopter Jatuhkan Lobak & Ubi Dari Udara Untuk Bantu Hidupan Liar Di Australia

Alif Satar Family Spy main

Alif Satar Berlakon Dengan Che Ta Dalam Drama Family Spy, Ramai Tak Sabar!