in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Netizen Kecam Wanita ‘Kutuk’ Rasa Nasi Lemak Dalam Pesawat

Foto sekadar hiasan
Foto sekadar hiasan

Hanya kerana nasi lemak, seorang pengguna Twitter telah dikecam oleh netizen. Wanita kutuk rasa nasi lemak yang diperolehinya ketika dalam penerbangan itu meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai menu tersebut melalui akaun sosial media miliknya. Perkara tersebut juga telah menyebabkan ‘nasi lemak’ menjadi trending di sosial media itu pada hari ini.

BACA: Serai Dijadikan Penyedut Minuman? Ini Reaksi Netizen

Rakyat Malaysia tidak kira bangsa pastinya tidak boleh dipisahkan dengan makanan. Lebih-lebih lagi nasi lemak yang sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sarapan pagi.

Foto sekadar hiasan Sumber: Wikipedia
Foto sekadar hiasan Sumber: Wikipedia

Biarpun begitu, baru-baru ini seorang wanita telah memuatnaik satu status yang berunsur negatif mengenai nasi lemak.

Berikut adalah ciapan yang dimuatnaik di laman Twitter miliknya:

kutuk nasi lemak 11

Menurut wanita ini, makanan itu diterimanya ketika dalam 13 jam penerbangan. Kari ayam dihidangkan bersama telur rebus dan ikan bilis berbau. Kebiasaannya dia gemarkan makanan di dalam pesawat namun yang ini dia berikan 0/10.

Malah dia turut berkongsikan foto nasi lemak berkenaan.

kutuk nasi lemak 2

Perkongsian wanita kutuk rasa nasi lemak ini telah meraih perhatian ramai. Ada yang memberitahu kepada wanita tersebut hidangan ini sebenarnya adalah nasi lemak bersama rendang.

kutuk nasi lemak 5a

Selain dari itu, ada juga yang meninggalkan komen seperti tidak menjangkakan makanan ini akan disukai oleh orang barat.

kutuk nasi lemak 6b

Malah ada juga yang memberitahunya bahawa penerbangan barat itu tidak sepatutnya menghidangkan menu terbaik Asia ini.

kutuk nasi lemak 7b

Biarpun begitu ada juga yang mempertahankan rasa sebenar nasi lemak yang cukup unik. Ini terbukti apabila ada seorang blogger yang sanggup ‘terbang’ ke Malaysia hanya untuk merasai nasi lemak.

kutuk nasi lemak 8a

Sumber: Twitter

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Huawei_MatebookD_ScreenSharing_gif (1)

Jom siap sedia beli HUAWEI MateBook D 15 pada pelancaran Sabtu ini, hadiah percuma bernilai sehingga RM1287. Tak sangka!

drama jujurlah nikahi aku main

Sean Lee ‘Belanja’ Teaser Drama Jujurlah Nikahi Aku, Ramai Tak Sabar