in

CuteCute LoveLove

Onomatopoeia: Perbezaan Bunyi Haiwan Dalam Pelbagai Bahasa Lain

page

Pernahkah anda terfikir mengapa bunyi kucing Melayu tidak sama seperti bunyi kucing orang ‘Mat Salleh’?

Sebenarnya kebanyakkan bunyi haiwan adalah berbeza mengikut negara ataupun bahasa. Jika dalam bahasa Melayu kucing kita ‘mengiau’, dalam bahasa Inggeris kucing berbunyi ‘meow‘. Dalam bahasa Jepun pula mereka membuat bunyi ‘nyan‘.

BACA: Aksi Tom Si Kucing Selamatkan Sekumpulan Remaja Dari Tikus

Perbezaan budaya dan bahasa mempengaruhi kata-kata yang kita gunakan untuk menerangkan sifat bunyi. Namun tiada jawapan yang tepat tentang bahasa mana yang mempunyai onomatopoeia haiwan yang paling tepat. Ini kerana bunyi haiwan tidak hanya bergantung kepada satu-satu bahasa, malah mustahil untuk diterjemahkan ke dalam bahasa manusia.

Seorang pengguna Twitter pernah berkongsikan bunyi-bunyian haiwan dalam bahasa Melayu.

Berikut pula adalah antara perbezaan onomatopoeia haiwan di negara-negara lain.

1. Kucing

 

2. Babi

3. Itik

4. Kuda

5. Tikus

6. Ayam

7. Katak

8. Burung

9. Lebah

Onomatopoeia adalah satu alat sastera yang digunakan untuk meniru bunyi yang melampaui bidang bahasa manusia.

Contohnya bunyi haiwan, mesin dan tubuh manusia. Onomatopoeia adalah bunyi yang sukar digambarkan dengan perkataan tetapi mudah untuk difahami dengan bunyi.

Sejak kecil kanak-kanak akan diajarkan onomatopoeia untuk mempelajari tentang haiwan dan persekitaran mereka. Onomoatopoeia bukan sahaja berbeza dalam bunyi-bunyian haiwan, tetapi segala sifat bunyi di sekeliling kita diterangkan dengan perkataan yang berbeza berdasarkan bahasa dan budaya.

Namun, jika perkataan onomatopeia hanya direka untuk meniru bunyi yang sama di mana-mana negara sekali pun, mengapa setiap bahasa menggunakan onomatopoeia yang berbeza-beza?

Ini adalah kerana fonem dan struktur sintaktik bahasa mengehadkan bagaimana kita melihat, mendengar dan menerangkan dunia di sekeliling kita.

Sumber: Babbel, Tumblr, Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

23458472-7892523-Precautions_Emily_mailed_the_doll_to_her_online_friend_Chris_Hog-a-8_1579172159906-tile

Patung Elsa ‘Berhantu’, Pulang Ke Rumah Selepas Dibuang

page

Aksi Tom Si Kucing Selamatkan Sekumpulan Remaja Dari Tikus