in ,

LOLLOL LoveLove

Papan Legar ‘Hoverboard’ Semakin Popular, Aksi Gagal Buat Ramai Terhibur

hoverboard-tile

Ramai yang menyangka papan legar atau ‘hoverboard‘ hanya sejenis alat permainan untuk kanak-kanak dan remaja. Namun realitinya, ramai menggunakan papan legar untuk lebih daripada sekadar berseronok.

Papan legar adalah peranti yang sempurna untuk membantu sesiapa sahaja bergerak. Saiz kompak alat itu memudahkan ia membawa pengguna bergerak dalam ruang yang kecil dan sempit. Papan legar boleh digunakan dengan mudah di muzium, kedai, atau di sekeliling rumah.

BACA: Australia Bertindak Menakai 10,000 Ekor Unta Kerana Minum Terlalu Banyak Air

Selain itu, ia juga dapat membantu pelajar bergerak di dalam kampus dengan mudah dan cepat. Malah, ramai pekerja yang perlu banyak bergerak dalam tugas harian mereka menggunakan papan legar untuk lebih efisyen.

hoverboard
Kredit foto: Jared Mecham

Orang dewasa biasanya memerlukan masa seminggu untuk membiasakan diri dan mendapatkan keyakinan untuk menggunakan peranti itu. Bagi kanak-kanak pula, kerana lekuk pembelajaran elastik, mereka hanya mengambil masa sekitar dua puluh minit untuk belajar mengimbangkan diri di atas papan legar.

Selepas berjaya mengimbangi badan untuk bergerak menggunakan hoverboard, penguna akan lebih yakin untuk menambah kelajuan dan mempelajari aksi lain pula.

Terdapat pelbagai ‘trick’ dapat dilakukan menggunakan hoverboard, antaranya adalah:

The stork hoverboard trick

The genie hoverboard trick

The butterfly hoverboard trick

The one-foot roundabout hoverboard trick

The one-eighty hoverboard trick

The tootsie roll hoverboard trick

Namun, seperti belajar bermain kasut roda dan skateboard, hoverboard juga boleh mengakibatkan kemalangan jika pengguna tersalah langkah.

Seperti dalam satu video yang tersebar baru-baru ini, seorang kanak-kanak terjatuh apabila hoverboard yang dinaikinya tidak berhenti berpusing.

Suntingan muzik ‘digimon’ ke dalam rakaman itu membuatkan lebih ramai netizen pecah perut.

Video-video bermain hoverboard yang gagal sememangnya dapat membuat ramai terhibur dan geli hati, di samping memberi gambaran kepada pengguna lain tentang perkara yang perlu dielakkan semasa menggunakan alat itu.

Sumber: Twitter, Swagtron

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

51929581_303-tile

Australia Bertindak Menakai 10,000 Ekor Unta Kerana Minum Terlalu Banyak Air

isabelle mengantuknya mumia main

Adik Menari ‘Mengantuknya Mumia’ Tular, Ini Video Comelnya Yang Lain