in ,

AngryAngry LOLLOL LoveLove OMGOMG

Pelakon Baling Prop Ke Lantai, Melantun Kena Kepala Jurukamera

page

Setiap pekerjaan mempunyai risiko keselamatan dan kesihatan tidak kira kecil atau besar. Situasi ini dikenali sebagai bahaya di tempat kerja atau ‘occupational hazard‘.

Terdapat banyak jenis bahaya pekerjaan, seperti bahaya biologi atau biohazard, bahaya kimia, bahaya fizikal, dan bahaya psikososial.

BACA: Lelaki Arab Minta Bawa ‘Tom’ Untuk Tangkap ‘Jerry’ Dalam Bilik Hotel

Ramai yang menganggap hanya pekerjaan buruh seperti kontraktor, mekanik dan jurutera sahaja yang terdedah kepada bahaya.

istock000024537888medium_750xx1616-910-0-218
Foto sekadar hiasan.

Jika bahaya biologi dan kimia lebih memberi kesan kepada pekerja kolar biru, pekerja kolar putih pula banyak terdedah dengan bahaya fizikal dan psikososial.

Pekerja pejabat boleh terdedah dengan bahaya fizikal seperti cuaca terlampau panas atau sejuk, dan bunyi bising. Stress pula merupakan bahaya psikososial yang tiada siapa dapat elakkan.

2018_08_07_50887_1533645394._large
Foto sekadar hiasan.

Selain itu, kemalangan juga merupakan salah satu contoh physical hazard yang boleh berlaku dalam apa sahaja bidang pekerjaan, seperti tersepit, tersekat dalam lif, atau tangan terluka.

Malah cameraman di set penggambaran lakonan juga tidak terlepas dari bahaya ini. Seorang jurukamera untuk sebuah drama Cina membuktikan perkara itu dalam satu video yang tular.

Ketika sesi penggambaran, dua orang pelakon dilihat sedang memainkan watak di mana watak lelaki sedang memarahi watak perempuan.

Pelakon lelaki itu kemudian mengambil sebuah prop bola kaca dan mencampakkannya ke lantai untuk memecahkannya.

Malangnya bola itu tidak pecah apabila terhempas, sebaliknya ia melantun ke arah cameraman dan terkena kepala sebelum pecah.

Jurukamera tersebut memegang kepalanya dan mengerang kesakitan sementara ahli-ahli kru bergegas untuk memeriksa keadaannya.

Ternyata tiada siapa yang menyangka situasi bahaya seperti itu boleh berlaku. Rata-rata netizen yang meninggalkan komen pula turut sama merasa kesakitan cameraman tersebut, di samping tertanya-tanya mengapa bola itu tidak pecah apabila terhempas ke lantai.

“Itulah maksudnya keras kepala…”

Annotation 2020-01-21 183219

Annotation 2020-01-21 183434

“Occupational hazard…”

Annotation 2020-01-21 183259

“Dibalik drama yang daebak…”

Annotation 2020-01-21 183339

“Sakitnya sampe sini…”

Annotation 2020-01-21 183411

“Bola dah retak bila terhempas ke lantai…”

Annotation 2020-01-21 183543

“Sebab ada karpet…”

Annotation 2020-01-21 183627

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sean lee asmr salmon main

Sean Lee Buat Video ‘ASMR’ Makan Salmon Bikin Ramai Terhibur!

23633028-7907443-image-a-46_1579523071679-tile

Gajah Masuk Lobi Hotel, Gelagat ‘Santai’ Buat Terhibur