in

LoveLove OMGOMG

Pelakon Kampung People di Hot FM Bikin Kecoh Habis!

Kampung People di Hot Fm main

Fenomena dari drama Kampung People nampaknya semakin menjadi-jadi. Makin hari semakin ramai pengikut dan peminat drama Melayu yang satu ini. Namun malam ini drama Kampung People bakal menyiarkan episod terakhir. Di kesempatan itu, stesen radio Hot FM menjemput pelakon Kampung People ke konti hari ini.

BACA: Biodata Riena Diana, Pelakon Watak ‘Laila’

Sama seperti dalam drama ini, para pelakonnya memang kecoh dan ‘masuk air’. Mungkin kerana membawa watak mereka sama seperti dalam drama ini. Pelakon yang hadir di konti Hot FM hari ini hanyalah Elly Mazlein, Riena Diana, Rashidi Ishak, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah.

Kehadiran pelakon Kampung People di Hot FM pagi tadi adalah untuk mempromosikan episod akhir drama itu yang bakal disiarkan jam 9 malam ini.

Berikut adalah petikan video yang dikongsikan oleh radio ini menerusi Instagram mereka:

Baru sahaja masuk ke konti sudah riuh dibuatnya. Belum lagi ikuti sesi temubual bersama penyampai radio, lebih kecoh! Perkongsian Hot FM ini telah meraih lebih 53,000 tontonan dengan hampir 10,000 likes setakat artikel ini ditulis.

Selain itu mereka sempat merakamkan foto bersama penyampai radio di dalam konti seperti berikut:

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Aduhh berdekah”

Kampung People di Hot Fm 3

“Boleh pecah konti”

Kampung People di Hot Fm q

“Harap akan ada cite ni lagi sambungan. Buatlah cite untuk raya jugakk. Mesti bestt!”

Kampung People di Hot Fm

“Gegar la konti..”

Kampung People di Hot Fm 2

Sumber: Hot FM

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

erra

“Nak Jihan”- Kejutan Meletop awal 2020, Erra Fazira kendali bersama Nabil

81693312_864268197339095_2946769887859645324_n-tile

Dikecam guna kata kurang ‘manis’ rujuk status Elly Mazlein, Janna Nick minta maaf