in

AngryAngry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Pengarah Jelaskan Babak ‘Busking’ Dalam Episod Akhir Adellea Sofea

episod akhir adellea sofea main

Drama Adellea Sofea sudah pun melabuhkan tirainya dengan episod terakhir semalam. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini menjadi perbualan hangat di sosial media sejak ditayangkan dari mula lagi. Biarpun ada yang mengatakan drama ini agak ‘cliche’ namun episod akhir Adellea Sofea tetap trending di Twitter.

BACA: Episod Akhir Adellea Sofea, Adegan Main Gitar Buat Netizen Tepuk Dahi

Dalam episod akhir semalam akhirnya watak antagonis, Ikram yang dibintangi oleh Fizo Omar ditahan polis atas jenayahnya. Hasil dari bukti yang dirakam oleh Sofea sendiri.

episod akhir adellea sofea 5

Namun karakter Fir yang sebelum ini koma selepas dipukul oleh Ikram juga akhirnya terjaga. Watak Fir ini dilakonkan oleh Ungku Ismail terbangun dari koma selepas mendengar isterinya, Sofea menyanyi sambil bermain gitar di depannya.

episod akhir adellea sofea 7

Biarpun babak ini mendapat kecaman dari netizen, namun pengarahnya sendiri tampil menjelaskan mengenainya.

Berikut adalah penjelasan Shahrulezad Mohameddin mengenai babak ini:

“Hahaha..kan…drama sape ni woii. Tapi tak salah kan? Buat la apa saja asalkan boleh buat dia tersedar. Lagipun Sofea kan dah cakap dah macam benda dia dah buat nak tolong sedarkan Fir termasuk baca Quran dan sebagainya. Cuma satu benda jer dia belum buat…so she try her luck la…”

Perkongsiannya ini telah meraih lebih 3,000 likes dan rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai episod akhir Adellea Sofea ini di ruangan komen seperti berikut:

“Part tetibe Firr sambung nyanyi tuu terus tergelak. Tak jadi nak ikut fea sedih…”

episod akhir adellea sofea 2

“Rasanya orang tengah koma kalau ko buat konsert pun maybe boleh remind otak dia untuk berfungsi sapa tau kan…”

episod akhir adellea sofea 3

“Eleh netizen kata cakap tak nak benda cliche”

episod akhir adellea sofea 4

“Biarlah..orang buat macam2 laaa untuk bagi orang tersayang sedar..haaa gittew”

episod akhir adellea sofea 1

Buat yang tidak berkesempatan menonton episod akhir boleh tonton melalui siaran YouTube di bawah:

Sumber: Sharuleazad Mohameddin

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EORLxLnUcAE22kt-tile

Episod Akhir Adellea Sofea, Adegan Main Gitar Buat Netizen Tepuk Dahi

wawa

“Tgk komen I Aeril…”- Kapsyen soal ‘besfren’ Wawa Zainal cuit hati ramai