in

CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG

Perbarisan Kawad Kaki Berirama SMK TTDI Jaya Ini Gempak Habis!

SMK TTDI JAYA kawad kaki main

Dari tarian tular di aplikasi Tik Tok ke perbarisan, pelajar di SMK TTDI Jaya, Shah Alam memiliki bakat dan keunikan mereka tersendiri. Video yang memaparkan pelajar dari sekolah ini membuat perbarisan kawad kaki berirama tular di sosial media baru-baru ini.

BACA: Parodi Jihan Muse Dengan Budak Loghat Kedah Buat Ramai Tertawa

Video perbarisan kawad kaki berirama yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @amyfrznaa sejak dua hari lalu telah meraih lebih 488,000 tontonan. Memuatnaik video tersebut dalam bebenang di Twitternya itu, ternyata ramai yang terhibur dan kagum dengan persembahan mereka.

Foto dari petikan video dikongsikan gadis ini.
Foto dari petikan video dikongsikan gadis ini.

Difahamkan dalam video perbarisan kawad kaki berirama itu terdiri dari unit beruniform kadet polis, kadet remaja sekolah (KRS) dan PKBM.

Berikut adalah dua video kawad kaki berirama SMK TTDI Jaya yang dikongsikan olehnya:

Memang sempoi habis pelajar-pelajar ini! Kreatif dalam mengadakan persembahan perbarisan kawad kaki berirama.

Video kawad kaki berirama SMK TTDI Jaya ini juga telah meraih 33,400 retweets dan 35,500 likes. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Goddamn this is so litt, I wish sekolah aku boleh buat benda ni ahhhahah”

SMK TTDI JAYA kawad kaki 2

“Dari zaman kegemilangan sis berkawad dulu, TTDI Jaya kalau bab buat formasi ni haihh memang takleh lawan la..Memang gempak jee. Sekolah sis pun buat formasi bodo-bodo je”

SMK TTDI JAYA kawad kaki 3

“Sumpah ni paling style aku tengok, tolong yang remake tu buat lagi ramai dari ni”

SMK TTDI JAYA kawad kaki 4

“Jom buat time kawad tahun ni”

SMK TTDI JAYA kawad kaki 1

Sumber:amyfrznaa

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

erra2

“Chill…”- Jadi hos jemputan Meletop, Erra Fazira sudah jangka ada pihak ‘tembak’

dad-babysits-kids-takes-nap-drawing-1-5e05e01cb5cd2__700-tile

Cara Kreatif Bapa Ini Menjaga Anak-anak Di Rumah Undang Geli Hati