in ,

Pernah cipta fenomena, drama terbaik 7 Hari Mencintaiku 2 bakal ditayangkan?

syazwan

Buat peminat setia drama tempatan, rasanya ramai masih mengingati drama bersiri bertajuk 7 Hari Mencintaiku. Manakan tak, drama berkenaan pernah mencetuskan fenomena baru sekitar tahun 2016 lalu.

BACA: Siap menari! Mira Filzah di DBilique, gelagat lucu bersama Fara Fauzana “Cute gile…”

Rata-rata penonton juga telah menyifatkan drama berkenaan merupakan ‘Drama Melayu Terbaik’.

Drama ini dikatakan sarat dengan pengajaran yang melibatkan hubungan suami isteri, ahli keluarga dan sahabat. Apatah lagi, drama berkenaan dilakonkan oleh beberapa orang pelakon hebat yang sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan.

Diantaranya, Siti Saleha, Shukri Yahaya, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi yang pastinya hebat-hebat belaka.

Bagaimanapun, menariknya pula pelakon popular Syazwan Zulkifly seperti memberikan bayangan bahawa penonton bakal menemui drama berkenaan untuk musim kedua.

Berkongsikan sekeping foto bersama pelakon Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly menerusi kapsyen menulis watak mereka dan menggunakan hashtag drama popular itu.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan dilaman Instagram milik pelakon wanita itu juga turut ada memuat naik beberapa keping foto sedang menjalani pengambaraan drama berkenaan bersama pelakon, Lisa Abdullah.

7 Hari Mencintaiku cetus fenomena

Drama7 Hari Mencintaiku ini terdahulu mewarnai slot Akasia di siaran televisyen, TV3 dan ternyata ia mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

Jadi tidak hairanlah menerusi posting Syazwan Zulkifly itu ramai meluahkan rasa tidak sabar dan meninggalkan pelbagai maklum balas diruangan komen.

drama 7 hari mencintaiku

drama 7 hari mencintaiku

drama 7 hari mencintaiku

Screenshot_626 Screenshot_627

Screenshot_629

Sumber: Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

mira

Siap menari! Mira Filzah di DBilique, gelagat lucu bersama Fara Fauzana “Cute gile…”

chandelier ben amir mimi main

Ramai Teruja Ipoh Dipilih Sebagai Lokasi Shooting ‘Drama Chandelier’