in

CuteCute

Raih 15 Juta Tontonan, Lihat Cara Unik Bapa Pujuk Anaknya

bapa pujuk anak menangis main

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang bapa memujuk dua orang anaknya yang masih kecil. Dua kanak-kanak itu meraung dan membuatkan bapanya memujuk mereka dengan caranya yang cukup unik.

BACA: Wabak Semakin Menular, Ini Info Tentang Influenza Yang Anda Perlu Tahu

Memahami kanak-kanak bukannya sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi jika kanak-kanak itu berusia kurang dari 6 tahun. Apa yang mereka tahu untuk meluahkan perasaan hanyalah dengan menangis.

Video yang tular baru-baru ini di sosial media tersebut telah meraih 15 juta tontonan.

Foto dari petikan video tersebut.
Foto dari petikan video tersebut.

Dalam video berdurasi tiga minit lebih itu memaparkan dua kanak-kanak sedang menangis. Bagaimanapun tidak diketahui sebab mengapa mereka begitu, kedengaran bapa mereka cuba memujuk anak-anak kecil itu.

Namun caranya yang agak pelik membuatkan kedua-dua kanak-kanak itu tergamam. Manakan tidak caranya adalah si bapa turut sama menangis namun diminta anak-anak itu menunggu giliran masing-masing untuk meraung.

Berikut adalah video cara unik bapa pujuk anaknya yang tular itu:

Bijak betul kaedah yang digunakan oleh si bapa ini. Cara lelaki ini berjaya menghentikan kelakuan tantrum anaknya. Mungkin selepas ini ibubapa di luar sana boleh mencuba kaedah ini.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai cara unik bapa pujuk anaknya ini di ruangan komen seperti berikut:

“Ia adalah teknik alih tumpuan dan jika anda dengar dengan teliti dia hanya bercakap dengan tenang kepada anak-anak kecil itu. Teknik yang sangat baik bagi pendapat saya”

bapa pujuk anak menangis 2

“Saya sukakan cara mereka hentikan tangisan kanak-kanak. Great job parents”

bapa pujuk anak menangis 3

“Saya pernah gunakan cara ini pada anak saudara dan anak perempuan saya. LOL..OMG!”

bapa pujuk anak menangis 1

Sumber: Sassy media inc

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Adik Issabelle Viral di Indonesia main

Adik Issabelle Tular Di Indonesia Gara-gara Tarian ‘Sleepy Mummy’

pak kodi

“Pernah jual tin…”- Kisah ‘Pak Kodi’ jatuh bangun sara diri jadi perhatian