in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Ramai Akui Mencari Kucing Hilang Guna ‘Cara Unik’ Ini Adalah Berkesan!

ENHJNYGUwAEUQ2B-tile

Bagi yang mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan pasti tahu bahawa kucing adalah sejenis haiwan yang suka ‘memberontak’ dan mengikut haluan sendiri berbanding haiwan peliharaan lain.

Walau kucing rumah sekalipun, mereka sangat terikat kepada naluri ingin tahu mereka menyebabkan kebanyakkan mereka tidak senang duduk diam di rumah.

BACA: Langit Bertukar Merah, 500 Juta Haiwan Mati Akibat Kebakaran Di Australia

Berikutan itu pemilik kucing mempunyai risiko tinggi untuk kehilangan haiwan kesayangan mereka apabila teman bulus mereka itu membuat keputusan untuk meneroka dunia luar.

Image result for outdoor cat gif tumblr

Malangnya tidak semua kucing rumah mempunyai kemahiran melindungi diri seperti yang ada pada kucing terbiar.

Akibatnya mereka lebih mudah tercedera dan terdedah kepada bahaya kerana tidak mengenali persekitaran mereka begitu baik.

Image result for drama cat gif tumblr

Jadi tidak hairanlah pemilik kucing akan berasa risau dan sedih apabila anak bulus mereka melarikan diri dari rumah. Seperti yang terjadi kepada seorang pemilik kucing ini, anak bulus yang telah bersamanya selama 9 tahun telah hilang dari rumah.

Situasi itu membuat individu dari Seputeh itu resah lebih-lebih lagi memandangkan kawasan perumahannya terkenal untuk meracun kucing.

Malah, dia juga mendengar berita ada individu tidak berkeprihatinan yang akan mengumpulkan kucing di kawasan rumahnya untuk di buang di kawasan perumahan jauh dari situ.

Annotation1 2020-01-03 070250

Seperti pemilik haiwan yang lain, Lisa menawarkan ganjaran bagi sesiapa yang menemui kucingnya bernama Buddy itu.

Beberapa orang turut mencadangkan dia untuk bercakap dengan kucing-kucing lain di kejiranannya. Mujur dia dan Buddy akhirnya berjaya disatukan kembali dengan cara unik ini.

“Bagitau kucing lain untuk suruh dia balik rumah!”

Annotation 2020-01-03 070351

“Selalu berjaya…”

Annotation 2020-01-03 070432

Pemilik kucing itu mengakui ‘memberitahu’ kucing lain di kawasan perumahannya tentang Buddy dengan memaklumkan rupa dan sifat kucing yang hilang itu.

Annotation2 2020-01-03 070351

Tidak lama kemudian kucingnya itu pulang ke rumah dengan 2 ekor kucing lain yang mengiringinya. Walaupun Buddy mempunyai kecederaan ringan di matanya, ternyata cara luar biasa itu berkesan.

Annotation 2020-01-03 070250

Malah, ramai netizen yang turut mengakui sering menggunakan kaedah yang sama untuk mencari kucing hilang dan ia jarang sekali mengecewakan.

“Cari2 tak jumpa so die cerita dekat kucing…”

Annotation 2020-01-03 070329

“Kalau nampak suruh dia balik…”

Annotation 2020-01-03 070512

“Lagi bukti bahawa teknik ini berkesan…”

Annotation 2020-01-03 070547

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Tahun 2020 Disambut Tanpa Kereta Terbang, Tapi Kemahiran ‘Editing’ Semakin Hebat

ENMmBQlVAAAK__x-tile

Haiwan-Haiwan Yang Diselamatkan Dari Banjir Di Jakarta, Ini Hasilnya