in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Ramai Luah Rasa Geram Pada Watak Jekfer Dalam Kampung People

IG Jakfer diserang main

Kampung People, sebuah drama bersiri yang memaparkan jalan cerita berbeza dari kebiasaan cerita Melayu di televisyen. Drama Kampung People ini saban hari menjadi pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia untuk menontonnya. Biarpun begitu antara watak yang menjadi trending di sosial media sejak beberapa hari ini adalah Jekfer (Jaafar). Karakter Jekfer dalam Kampung People ini dilakonkan oleh Hun Haqeem.

BACA: Elly Mazlein sedih ‘Kampung People’ hampir tamat, ramai mahu sambungan!

Seperti kebiasaan sesebuah drama jika tiada plot twist dan kisah cinta agak membosankan. Jadi dalam drama ini turut memaparkan kisah cinta Lailer (Laila) kepada Jekfer. Biarpun begitu, Jekfer sebenarnya bakal bertunang dengan gadis dari kampung tersebut.

Laila yang mengetahui mengenai hal ini cukup kecewa dan mula mengelak dari berjumpa Jekfer. Di laman Instagram pelakon yang memegang watak Jaafar dalam Kampung People ini, Hun Haqeem berkongsikan sedikit sedutan dari episod tersebut.

Biarpun begitu, maklum balas dari netizen yang terbawa-bawa dengan watak dalam drama tersebut telah meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Berikut adalah petikan dari drama ini yang dikongsikan oleh Hun Haqeem:

Perkongsiannya ini telah meraih lebih 92,000 tontonan dan pelbagai komen dari netizen. Berikut antara reaksi netizen mengenai Jekfer dalam Kampung People episod kali ini:

“Dia tengah sedih latu taknak jumpa Jekfer sebab Jekfer dah bertunang ughhh I is marahh”

IG Jakfer diserang 2

“Jekfer jahatt”

IG Jakfer diserang 3

“Jekfer takyah nak sedih sangat!! Jekfer dah bagi fake hope dekat Rose. Sampai hatii”

IG Jakfer diserang 4

“Marah la dengan Jekfer ni, macam mana boleh nak tunang dengan Hanis pulak!!”

IG Jakfer diserang 1

Sumber: Hun Haqeem

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ENMmBQlVAAAK__x-tile

Haiwan-Haiwan Yang Diselamatkan Dari Banjir Di Jakarta, Ini Hasilnya

trailer a quiet place 2

Trailer Penuh A Quiet Place 2 Lebih Mendebarkan, Ramai Tak Sabar!