in

CryCry

Ramai Yang Tersentuh Hati Dengan Iklan Levi’s Ini

iklan levis main

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu perkongsian video yang memaparkan iklan sebuah jenama pakaian iaitu Levi’s. Iklan berdurasi 1 minit 47 saat ini dikatakan membawa maksud tersendiri.

BACA: Kongsi Foto Dari ‘Shooting’, Lakonan Azhan Rani Dipuji Sampai Ke Jiwa

Kebiasaannya bila menjelang sambutan perayaan, banyak jenama yang mengeluarkan pelbagai iklan. Ada yang memilih iklan berkonsepkan kekeluargaan, hubungan persahabatan dan lain-lain. Malah banyak jenama yang menghasilkan iklan dengan jalan cerita sedih atau pun komedi.

Sama seperti iklan jenama Levi’s yang menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Twitter @NasirPasir ini yang cukup menyentuh hati. Permulaan iklan tersebut dilakonkan di dalam sebuah kedai pakaian jenama ini. Kelihatan seorang lelaki mahu membeli jaket dan membuat tambahan aksesori pada pakaian tersebut.

Foto sekadar hiasan
Foto sekadar hiasan

Setelah selesai dia membawa pulang ke rumah dan berikan kepada anaknya. Kedengaran iklan yang berbahasa Filipina ini adalah momen yang mana anak lelaki tersebut adalah orang kurang upaya (OKU) daya penglihatan menerima hadiah jaket dari bapanya.

Aksesori yang ditambah pada jaket itu sebenarnya adalah mutiara kata buat anaknya yang tidak dapat melihat dan ditampal dalam susunan braille (sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta).

Berikut adalah video iklan yang telah meraih perhatian ramai itu:

Perkongsian video iklan ini telah meraih lebih 31,600 retweets dan 29,200 likes. Rata-rata netizen turut sebak dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Jangan buat aku nangis jangan”

iklan levis 1

“Weyh aku nangis”

iklan levis 2

“Adu siapa yang potong bawang nih…”

iklan levis 3

Sumber: Nasirpasir

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

hadi

Setelah 6 bulan berkahwin, Hadi & Dayana bakal timang anak sulung

netizen

Sahabat baik ‘rampas’ suami, wanita ini beri pesanan untuk jaga-jaga