in ,

CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Reaksi Teman Lelaki Selepas Tangan Dicalit ‘Najis’ Bikin Pecah Perut

page

Bak kata orang-orang zaman dahulu, “masa tengah bercinta, kentut pun wangi”.

Kenyataan tersebut menggambarkan bagaimana pasangan yang sedang hangat dilamun cinta tidak melihat apa-apa keburukan pada teman istimewa mereka.

BACA: Episod Akhir Adellea Sofea, Adegan Main Gitar Buat Netizen Tepuk Dahi

Malah, jika mereka melakukan perkara yang memalukan seperti terkentut di hadapan pasangan sekali pun, pasangan mereka tidak akan terus memarahi atau membenci mereka.

Image result for kickass puke gif

Sememangnya pasangan yang sanggup menerima keburukkan dan perkara memalukan yang terjadi kepada kekasih mereka adalah teman yang baik.

Seperti mana kita sanggup membersihkan najis orang yang kita sayang sama ada anak-anak atau ibu bapa, begitu juga dengan pasangan yang bercinta atau suami isteri.

Namun tidak semua orang bersedia untuk berkongsi ‘segala-galanya’ dengan teman istimewa mereka.

Image result for disgusting gif

Seperti dalam satu video TikTok yang tular, seorang gadis menguji teman lelakinya dengan prank Nutella.

Di dalam tandas, gadis bernama Amani itu mencedok jem coklat dengan jarinya sambil menjerit meminta teman lelakinya membawakan tisu tandas untuknya.

Apabila dia membuka pintu untuk mengambil tisu dari teman lelakinya, dia sengaja mencalit coklat itu pada tangan lelaki itu.

Gadis tersebut kemudian segera menutup pintu tandas dan bersedia mendengar reaksi teman lelakinya.

Kedengaran jeritan panik dan luahan rasa jijik lelaki itu setelah melihat ada ‘najis’ di tangannya, diikuti dengan suara seseorang bertanya, adakah itu tahi di tangannya.

Bunyi muntah pada penghujung video juga mengundang geli hati netizen yang rata-rata pecah perut dengan reaksi ekstrim lelaki itu.

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gopeng Glamping Park main

Tenangkan Diri Dengan Percutian Di Gopeng Glamping Park

page

Tindakan Penyeluk Saku Senyum, Minta Maaf Pada CCTV Undang Ketawa