in

CuteCute LOLLOL LoveLove WTFWTF

Respon Spontan Adik Ini Kepada Santa Claus Undang Kritikan

page

Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa masyarakat Islam baik di dalam atau di luar negara untuk mengajarkan tentang konsep halal dan haram dalam kehidupan keluarga mereka.

BACA: Aksi Lelaki Bermain Buaian Jadi Ilusi Optik Terakhir Dalam Dekad Ini

Namun kanak-kanak kecil biasanya masih belum dapat membezakan halal haram dengan baik buruk. Bagi mereka, semua perkara betul adalah halal dan perkara yang tidak betul adalah haram.

Jadi tidak hairanlah segelintir kanak-kanak yang diajarkan tentang perbezaan agama akan terus membuat kesimpulan bahawa semua kepercayaan yang lain dari Islam adalah salah atau ‘haram’.

Itulah yang berlaku dalam satu video yang tular di mana dua orang kanak-kanak sedang bergambar dengan Santa Claus ketika musim Krismas.

Semasa mereka sedang duduk bersama Santa Claus, lelaki tua berjambang itu bertanya kepada mereka “apakah itu Krismas?”

Salah seorang dari mereka dengan spontan menjawab ‘Haram’, membuat Santa itu tergelak dan berkata “oh tidak”.

Walaupun reaksi adik itu yang tidak disangka-sangka dianggap menggelikan hati, namun ramai juga yang  memberi kritikan.

Ini kerana mereka berpendapat lebih penting untuk ibu bapa mengajar anak-anak mereka supaya menghormati agama dan kepercayaan orang lain, seperti yang turut dituntut dalam Islam sendiri.

“Kesian Santa…”

Annotation 2020-01-01 160414

“Aku sorang je kot yg gelak…”

Annotation 2020-01-01 155941

“Dah tau haram kenapa datang jumpa?”

Annotation 2020-01-01 160127 Annotation 2020-01-01 160730

“Budak2 tu bukan tau apa…”

Annotation 2020-01-01 160955

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Janna Nick pelakon nyanyi Dance Monkey

Video Janna Nick nyanyi lagu Dance Monkey, “Sedapnya sora…”

ENAYKDBVAAEO38a-tile

Peminat Cadang Hos Baru MeleTOP, Jihan Dan Sherry Paling Banyak Undian