in ,

CryCry OMGOMG

“Saya rasa sebak dan tak sangka mereka akan sanjung…”- Puteri Balqis

puteri

Sejak kisah pelakon cilik Puteri Balqis mula tular, netizen dan peminat mendoakan yang terbaik bagaimanapun terbaru menerusi sumber, dia merasa sebak.

BACA: “Kami ikat perut…”- Kisah Puteri Balqis makin jadi perhatian. Selebriti tampil…

Ini kerana, buku puisi hasil titipan kisah hidupnya bertajuk, 38 Poems Of Puteri Balqis laris terjual.

Bagaimanapun, menurut pelakon berusia 13 tahun ini tidak sangka perkongsian tentang keperitan hidup dia bersama ibu, Norashikin Mohd Aziz telah membuka mata ramai selain menjadi kisah perjalanan cukup indah.

Pelakon Puteri Balqis rasa sebak

“Saya rasa sebak dan tak sangka mereka akan sanjung kami dengan cara lebih baik dan tengok semuanya positif, ramai insan yang memberi kata semangat.”

“Awalnya kami rasa (cerita) kehidupan ini tak perlu dikongsi, dibiar tutup, itu adalah rahsia tapi ia telah dibuka dengan cara yang cukup indah, tak pernah sangka.”

Ujar pelakon drama Akulah Balqis ini juga semasa program Bersamamu menghubungi, mereka menahan sebak. Bagaimanapun membuatkan dia dan juga ibu bertambah sebak namun gembira apabila kini ramai orang mahu dan membeli buku tulisannya.

Baru-baru ini, kisah hidup Puteri Balqis yang berubah telah dipaparkan menerusi program berkenaan dan ianya telah membuatkan ramai sebak apatah lagi ramai peminatnya yang mengakui pelakon cilik ini antara yang terbaik dalam industri hiburan.

Pelakon Puteri Balqis rasa sebak

Menurut sumber lagi, ibunya memberitahu bahawa Puteri Balqis bakal menyambung persekolahannya yang akan bermula minggu ini.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kerana berada bersama mereka dan membeli buku anaknya itu.

Sumber: mStar Online, Instagram

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

imbau Puteri Balqis Maharajalawak Mega main

Imbau Lakonan Puteri Balqis Di Maharaja Lawak Mega

flashmob lagu hindustan main

Gara-Gara Kelas Batal, Pelajar Buat Flashmob Lagu Hindustan