in

Selepas Nasi & Pizza Boba, Kini Ada Losyen Badan Boba Milk Tea Pula

page

Sudah masuk tahun 2020, tetapi trend boba milk tea masih lagi menjadi kegilaan ramai. Boba kini boleh didapati dalam pelbagai produk, sama ada produk makanan atau kecantikan.

Jika sebelum ini sudah ada yang menghasilkan nasi dan pizza bersama boba, ramai pasti tidak menyangka bahawa boba juga telah menjadi inspirasi gaya hidup bagi pengguna.

BACA: Papan Legar ‘Hoverboard’ Semakin Popular, Aksi Gagal Buat Ramai Terhibur

Contohnya, sebelum ini warna rambut milk tea telah menjadi trend di kalangan orang China dan Jepun. Selain itu, jenama kasut popular Crocs juga telah mengeluarkan kasut yang diinspirasikan oleh minuman itu.

Related image

Lebih mengujakan, kini penggemar minuman teh boba boleh menyapu minuman itu pada kulit mereka. Sebuah jenama penjagaan kulit dari Thailand, Mistine telah menghasilkan losyen badan boba milk tea.

Apa yang menariknya adalah Milk Tea Body Lotion tersebut bukan sahaja berbau seperti teh boba, malah ia benar-benar dihasilkan daripada minuman itu.

mistine milk tea lotion
Kredit foto: Mistine

Losyen badan Mistine diperbuat dari teh hitam dan susu di mana teh hitam menjadikan kulit lembut dan gebu, sementara protein susu terkenal sebagai pelembab semula jadi untuk kulit kita.

Losyen tersebut juga mempunyai Vitamin B3 untuk kulit yang sihat dan glowy, serta Vitamin E yang menawarkan ciri-ciri anti-penuaan.

Kredit foto: Mistine

Pembungkusan produk tersebut berwarna coklat cair menyerupai warna teh susu, dengan ilustrasi ‘pearl’ berwarna coklat gelap di bahagian penutup.

Jenama itu juga menyakinkan pengguna bahawa mereka tidak perlu bimbang tentang kalori atau berat badan kerana losyen itu tidak boleh dimakan.

Losyen badan itu setakat ini hanya boleh didapati dari Lazada Thailand pada harga 99 baht (RM13.37) bagi saiz 200ml.

Sumber: Mothership, Facebook

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ajak

Ajak ‘diuji’ perlu tinggalkan rehearsal final, mesej dari Pak Ya & Ropi – “Nielah namanya sahabat”

elly mazlein dengkur bloopers main

Lagi Bloopers Kampung People, Elly Mazlein Sendiri Tak Tahan Ketawa!