in ,

CuteCute LOLLOL

Siri Animasi Didi & Friends Raih Anugerah Di Filipina

Didi & Friend menang anugerah di Filipina main

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan nama rancangan siri animasi kanak-kanak, Didi & Friends. Berkonsepkan edutainment, baru-baru ini Didi & Friend raih anugerah di Filipina melalui acara Asian Television Awards yang ke 24.

BACA: Imbau Lakonan Puteri Balqis Di Maharaja Lawak Mega

Lagu-lagunya seperti Mengantuknya Mumia, Rindu Semua dan lain-lain sering menjadi perhatian ramai. Manakan tidak, lirik lagu serta melodinya cukup catchy dan membuatkan lagu-lagunya mudah ‘melekat dalam kepala’.

Pada 10 Januari lalu, rancangan Didi & Friends raih anugerah di Filipina. Dalam acara Asian Television Award ini, Didi & Friends menerima anugerah bagi kategori Program Prasekolah Terbaik.

Kelihatan pelakon dan pelawak terkenal Malaysia, Zizan Razak menjadi wakil sebagai penerima anugerah tersebut.

Lebih membanggakan siri popular ini mengalahkan pencalonan dari negara lain seperti China melalui ‘Fashion Kids’ dan ‘Flying Fairground’. Jepun turut tersenarai melalui ‘Shimajiro: A World of WOW! Life & Survival-Living Together, Living Creatively’.

Selain dari itu rancangan animasi kanak-kanak dari Malaysia ‘Omar & Hana’ turut tersenarai dalam pencalonan bagi kategori tersebut.

Didi & Friend menang anugerah di Filipina 1

Seperti yang ramai ketahui, lagu dalam episod siri animasi Didi & Friends tersedia pelbagai situasi dan pengajaran dalam mendidik anak-anak yang menontonnya. Bagi kanak-kanak, mereka tidak pernah bosan menonton kisah siri animasi Didi & Friends ini.

Untuk info, acara Asian Television Awards adalah majlis yang memberikan pengiktirafan kepada program dan produksi bagi industri televisyen di Asia.

Sumber: Zizan Razak / Gempak

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

puteh

Juara MLM 2019 Puteh di Sinar, netizen harap tidak berpecah dengan Man

budak 12 tahun lukis pelan main

Budak 12 Tahun Lukis Pelan Rumah Macam Profesional!