in

CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG

Tahun baru, Zamani naik pelamin! “Saya rasa seolah-olah seperti bermimpi”

79775827_1291476564377307_4879143343473160289_n-tile

Penyanyi legend, Zamani Ibrahim membuatkan ramai peminat tumpang gembira apabila dia akhirnya bertemu jodoh ketika berusia hampir mencecah 50 tahun.

BACA: “Love you Zizan! Sangat hargai…”- Kapsyen Zizan buat Neelofa tinggal komen, lain pula yang jadi

Bagaimanapun, setelah dinikahkan dengan wanita pilihannya, Nur Juliana Abdul Rani pada 20 September 2019 akhirnya mereka pada baru-baru ini telah mengadakan majlis persandingan di Mercure Selangor Selayang.

Menerusi sumber, perkara berkenaan merupakan satu rezeki yang membuatkan penyanyi utama Slam ini bersyukur. Apatah lagi, diberikan peluang untuk bersanding di atas pelamin ianya ibarat mimpi buat Zamani.

“Saya bersyukur dan amat berterima kasih kepada perunding perkahwinan Wedding Studio yang menaja sepenuhnya majlis ini. Sewaktu berada diatas pelamin ketika bersanding, saya rasa seolah-olah seperti bermimpi.

Dalam pada itu, ujar Zamani kepada Harian Metro bahawa perancangan berkenaan dibuat sebelum dia menunaikan umrah pada hujung Oktober lalu dan tarikhnya juga telah ditetapkan dari awal iaitu 1 Januari 2020.

Sama cantik, sama padan!

View this post on Instagram

Welcome 2020! Alhamdulillah pembukaan tahun baru yang indah. Makeup untuk kak Julie wife kpd abg Zamani legend hehe @zimeproduction . Tq kak julie for having me . Kak julie kata mmg dh lama nak nadia makeup kn arini dpt juga. Berbunga kte bila dgr hehe. Alhamdulillah she love it..Tq to both of u💕 selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat❤️❤️❤️ ketaq tgn nk makeupkan arini😅 . . Attire letops by @wobybridal @makeupbynadianordin . Alhamdulillah❤️ For makeup service/ class pls whatsapp 017-2342299 Nadia💋 . #sephoramalaysia #benefitcosmetics #chanel #makeupbynadianordin #muamalaysia #muakl #muaseremban #muamalaysia #muanilai #muaputrajaya #muaseremban #muaklang #muashahalam #muakajang #muaampang #muaselangor #makeupartistmalaysia #makeupartistselangor #makeupartistshahalam #muagombak #muarawang #muasungaibuloh #muadamansara #muakepong #muasetapak #makeupartistkualalumpur #makeupartistkl #narsmalaysia #macmalaysia #urbandecaymalaysia #kelasmekap

A post shared by PROFESSIONAL MAKEUP ARTIST (@makeupbynadianordin) on

Penyanyi Gerimis Mengundang ini juga sengaja memilih tarikh berkenaan bagi mencipta kelainan. Apapun, semoga penikahan Zamani bersama isteri bahagia hingga ke akhir hayat.

Sumber: Harian Metro, Zime Production, makeupbynadianordin

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kapsyen Zizan buat pelakon wanita Neelofa

“Love you Zizan! Sangat hargai…”- Kapsyen Zizan buat Neelofa tinggal komen, lain pula yang jadi

page

Langit Bertukar Merah, 500 Juta Haiwan Mati Akibat Kebakaran Di Australia