in ,

Teknologi ‘Baju Tidur Pintar’ Untuk Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian

Annotation 2020-01-09 080325-tile

Bagi anak-anak dewasa yang telah mempunyai keluarga sendiri pasti akan rasa tidak senang duduk memikirkan keadaan ibu bapa mereka yang tua ditinggalkan bersendirian.

Walaupun hanya ditinggalkan ketika waktu kerja, banyak perkara boleh berlaku kepada warga emas yang kekurangan tenaga dan upaya untuk melakukan aktiviti harian tanpa bantuan.

BACA: Wow! Japan Airlines Beri 50,000 Tiket Penerbangan Pergi Balik Secara Percuma

Oleh itu, baru-baru ini sebuah ciptaan baru dari Jepun telah menarik perhatian ramai di Pameran Elektronik Pengguna (CES) yang telah berlangsung di Las Vegas.

Smart pajamas are the only wearable we care about

Teknologi ‘baju tidur pintar’ dihasilkan khas untuk kegunaan ibu bapa yang sudah tua atau orang kekurangan upaya. Ia membantu anak-anak atau penjaga memantau tanda-tanda penting dan tahap aktiviti warga emas.

Selain memantau tanda-tanda penting seperti pernafasan dan kadar denyutan jantung, pijama inovatif ini turut melakukan pebagai fungsi lain. Antaranya seperti mengesan corak tidur dan mencegah kemalangan melalui pengesan ‘sensor’ di dalam poket.

Ia turut dapat menganalisis tabiat tidur pemakai, seterusnya secara automatik menyesuaikan persekitaran bilik berdasarkan kondisi tidur mereka.

Menurut syarikat berkenaan, baju tidur pintar itu terutamanya dapat memberi manfaat kepada orang-orang tua. Di samping itu ia juga menawarkan lebih banyak kemudahan daripada jam pintar yang biasa digunakan masyarakat muda.

Sehingga kini, teknologi untuk memantau kesihatan dan keselamatan diri terhad kepada kamera pengawasan tanpa privasi dan jam pintar yang melecehkan.

Sebaliknya, e-skin Sleep & Lounge mempunyai keselesaan dan reka bentuk semula jadi yang sama seperti pakaian harian, dan boleh berfungsi hanya dengan memakainya seperti pakaian biasa.

Sumber: Mashable

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

image-tile

Wow! Japan Airlines Beri 50,000 Tiket Penerbangan Pergi Balik Secara Percuma

sayonara kampung people main

Pengarah Kongsi Lagu Dalam Episod Akhir, Ramai Minta Kampung People 2