in

LoveLove OMGOMG WTFWTF

Tenangkan Diri Dengan Percutian Di Gopeng Glamping Park

Gopeng Glamping Park main

Buat sesiapa gemarkan percutian yang ‘mesra’ alam semulajadi, Gopeng Glamping Park menjanjikan pengalaman ini. Baru-baru ini seorang pengguna Twitter berkongsikan beberapa foto sekitar lokasi percutian.

BACA: Wanita Kantoi Edit Foto Tayar Kena Paku, Alasan Lambat Datang Kerja

Perkongsian pemilik akaun @TheOnlyFatin ini telah meraih hampir 10,000 retweets dan 13,600 likes.

Menerusi laman website rasmi Gopeng Glamping Park, lokasi percutian ini terletak di Kampung Chulek, Gopeng Perak. Ianya dikelilingi bukit, sungai, gua dan juga hutan.

Gopeng Glamping Park 10

Pengunjung dapat menikmati alam semulajadi yang cukup tenang. Di sini, tersedia khemah berkonsepkan fasiliti lengkap untuk keselesaan pengunjung.

Gopeng Glamping Park 2

Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seperti BBQ, berkelah, menaiki basikal dan banyak lagi.

Nampak macam cukup selesa dan menarik untuk bercuti bersama teman-teman mahu pun keluarga tersayang.

Gopeng Glamping Park 6

Selain itu berdasarkan foto-foto di laman sosial rasmi pengurusan lokasi percutian ini, suasana di sana nampak seperti kampung.

Jika anda sudah lama tidak merasai suasana kampung dan mahukan percutian tenang jauh dari hiruk-pikuk kota mungkin ini adalah lokasi yang sesuai.

Gopeng Glamping Park 8

Gopeng Glamping Park 9

Membaca ulasan dari pengunjung-pengunjung yang pernah ke sini juga rata-ratanya berpuas hati dengan servis dan percutian mereka.

Gopeng Glamping Park 4

Tidak perlu cuti panjang untuk pergi bercuti, hujung minggu sahaja sudah memadai. Buat yang tinggal di Lembah Klang, untuk ke sini dengan menaiki kereta hanya mengambil masa kurang dari 2 jam.

Sumber: Gopeng Glamping Park FB / Gopeng Glamping Park / TheOnlyFatin

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

membebel makan rambutan main

‘Akibat’ Makan Rambutan Sambil Membebel Buatkan Lelaki Ini Tersalah…

page

Reaksi Teman Lelaki Selepas Tangan Dicalit ‘Najis’ Bikin Pecah Perut