in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Tindakan Penyeluk Saku Senyum, Minta Maaf Pada CCTV Undang Ketawa

page

Banyak kes jenayah berlaku diakibatkan oleh mangsa yang tidak menyangka terdapat orang jahat berhampiran mereka.

Ini kerana penjenayah sama ada perompak mahupun penyeluk saku pandai menyembunyikan niat jahat mereka untuk kelihatan seperti orang biasa yang tidak merbahaya.

BACA: Reaksi Teman Lelaki Selepas Tangan Dicalit β€˜Najis’ Bikin Pecah Perut

Akibatnya mangsa menjadi selesa dengan persekitaran mereka dan kurang berwaspada terhadap orang di sekeliling. Pada ketika inilah penjenayah akan bertindak dan mengenakan mangsa sama ada mangsa sedar atau tidak.

Image result for pickpocket gif

Mujur situasi ini dapat dikurangkan sejak teknologi kamera pengawasan CCTV digunakan secara meluas. Seperti yang berlaku di Arab Saudi, serang remaja kelihatan sedang menyeluk saku individu di hadapannya ketika berada di sebuah kaunter pasar mini.

Dalam video yang telah mencecah 1 juta tontonan, remaja lelaki itu dilihat berjaya mendapatkan dompet individu tersebut. Dia kemudian cuba menyimpan dompet di dalam poketnya.

Pada ketika itulah remaja itu ternampak kamera pengawasan yang dipasangkan di premis berkenaan dan kelihatan terkejut.

Pemuda itu kemudian kelihatan teragak-agak sebelum memberi senyuman pada kamera dan menunjukkan isyarat maaf.

Dia turut mengisyaratkan untuk memulangkan dompet itu sebelum memberikan semua dompet itu kepada pemiliknya. Mangsa juga dilihat berterima kasih kepada penyeluk saku itu kerana menyangka lelaki itu menemui dompetnya yang tercicir.

Reaksi lelaki berkenaan yang berubah dengan pantas selepas ternampak CCTV dan sempat berinteraksi dengan kamera tidak dapat dinafikan mengundang ketawa.

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary εΌ•γγ“γ‚‚γ‚Š, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Reaksi Teman Lelaki Selepas Tangan Dicalit ‘Najis’ Bikin Pecah Perut

EORLxLnUcAE22kt-tile

Episod Akhir Adellea Sofea, Adegan Main Gitar Buat Netizen Tepuk Dahi