in ,

CuteCute OMGOMG

Trailer Penuh A Quiet Place 2 Lebih Mendebarkan, Ramai Tak Sabar!

trailer a quiet place 2

Bulan lalu, syarikat produksi yang menghasilkan A Quiet Place telah berkongsikan teaser trailer filem kedua dari judul yang sama ini. Teaser yang hanya berdurasi 30 saat itu sudah mampu membuatkan penonton rasa mendebarkan. Biarpun begitu, beberapa hari lalu, trailer penuh A Quiet Place 2 telah pun didedahkan.

BACA: Diana Danielle & Ain Edruce Cover Dance Monkey. ‘Crack’ Habis!

Dalam A Quiet Place berkisarkan tentang sekeluarga yang berusaha menyelamatkan diri dari serangan makhluk aneh yang sangat tajam pendegarannya.

Menyembunyikan diri di dalam rumah di pinggir kota, keluarga ini berjaya pertahankan diri kerana mengkaji kelemahan dan kelebihan yang dimiliki makhluk tersebut.

trailer a quiet place 2 1

Apa yang mereka tahu makhluk tersebut tidak boleh nampak tapi memiliki pendengaran yang sangat tajam dan boleh bergerak dengan laju. Disebabkan itu untuk mengelakkan dari diserang makhluk tersebut mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang bunyi walaupun bercakap.

trailer a quiet place 2 2

Di akhir filem ini bapa mereka akhirnya terkorban, namun ibu dan si anak perempuan berjaya menemui cara untuk mengalahkan makhluk terbabit.

Biarpun begitu, dalam trailer penuh A Quiet Place 2 menyaksikan keluarga ini mahu keluar dari tempat tinggal dan persembunyian mereka itu. Namun tidak diketahui apa yang mereka akan jumpa di luar sana.

Tonton trailer penuh filem kedua ini:

Trailer yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini telah meraih 1.9 juta tontonan dengan 6,000 retweets dan 4,900 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi tidak sabar untuk menonton filem kedua ini di pawagam nanti.

Sumber: Nasir Pasir

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

IG Jakfer diserang main

Ramai Luah Rasa Geram Pada Watak Jekfer Dalam Kampung People

elly

Elly Mazlein sedih ‘Kampung People’ hampir tamat, ramai mahu sambungan!