in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Tular foto mirip penjaga gol, ini pula respon ‘sempoi’ Datuk Aliff Syukri

aliff syukri

Nampaknya wajah seorang penjaga gol pasukan Penang FA semakin menjadi bualan ramai apabila dikatakan mirip dengan jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri.

Penjaga gol mirip aliff syukri

Difahamkan penjaga gol pasukan Penang FA itu dikenali sebagai Samuel Jacob Somerville dan baru-baru ini, dia telah memberikan respon menerusi laman Twitter mengenai hal berkenaan. Malah itu bukanlah pertama kali penjaga gol ini dikatakan mirip Datuk Aliff Syukri.

BACA: Dikatakan ‘iras’ Datuk Aliff Syukri, ini respon penjaga gol pasukan Penang FA

Namun begitu, tidak disangkakan menerusi laman Instagram milik jutawan kosmetik itu, dia turut memberikan respon setelah dirinya kini dikatakan menjadi seorang penjaga gol pula.

Seloroh Datuk Aliff Syukri menerusi kapsyen, dia mengatakan itu merupakan kerja part time dilakukan dan meminta semua mendoakan dia berjaya dalam kerjaya barunya.

“My part time job… doakan saya berjaya dgn kerier yg baru ya… lps dpt offer jdt saya gi tmpat lain sbb sy main games hebat sangat… esok sy tunjuk skill sya yaa… masa sy main sy akan buat live 24jam ok. Cuba cari sy yg mana satu?? pakai baju warna apa?? Tekaan yang betul nanti abang kasi hadiah kiss hahaha.” Ujarnya di posting berkenaan.

Ternyata, posting itu membuatkan pengikut Datuk Aliff Syukri turut berseloroh dengannya. Dalam pada itu, Datuk Aliff Syukri juga meminta untuk ‘tag’ laman Instagram penjaga gol berkenaan.

Reaksi ramai

Screenshot_111 Screenshot_112 Screenshot_113 Screenshot_114 Screenshot_115

Sumber: Datuk Aliff Syukri

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

siri drama TV Chucky

Kelicikan Patung Seram Kembali Dalam Siri Drama TV Chucky!

Sinetron sofyank main

Dari Video ‘Magic’ Ke Drama, Sofyank Cuba Nasib Hasilkan Sinetron Cinta