in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Tular Gambar Matahari Terbit Seperti Bentuk ‘Tanduk Syaitan’

sunrise-red-horns-solar-eclipse-elias-chasiotis-1-5e1326b3d992f__700-tile

Dapat menyaksikan matahari terbit dan terbenam memberikan ketenangan dan menimbulkan rasa syukur dalam diri kita semua.

Jika melihat matahari terbit sahaja sudah memberikan kepuasan, bayangkan pula jika dapat melihat fenomena alam yang jarang-jarang berlaku.

BACA: Gerhana Matahari Cincin Dalam 20 Tahun, Netizen Kongsi Gambar

Itulah yang dilalui seorang jurugambar astronomi, Elias Chasiotis yang menghabiskan sisa tahun 2019 bercuti di Qatar.

Pada pagi 26 Disember ketika gerhana matahari sedang berlangsung, Elias sedang mengambil gambar bandar pantai Al Wakrah.

Matahari kemudian dilihat mulai terbit dengan bentuk seperti ‘tanduk syaitan’ yang muncul dari dalam air, satu pemandangan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Elias mengakui pemandangan itu berjaya ditangkap bukan semata-mata kerana nasib. Lelaki itu sengaja memilih tempat dengan cakrawala yang terbuka luas agar dia dapat melihat pemandangan matahari terbit dari hujung laut.

Dia mengharapkan kesan optik seperti inferior mirage dapat dilhat dari lokasi itu, dan dia rasa bertuah dapat merakamkannya.

Pada mulanya keadaan cuaca tidak kelihatan begitu baik kerana terdapat jerebu dan awan rendah. Tetapi apabila matahari akhirnya mula naik, ia kelihatan seperti dua kepingan berasingan, seperti tanduk merah menusuk keluar dari laut.

Tidak lama kemudian ia terbentuk menjadi bulan sabit yang dipanggil ‘Etruscan vase’ akibat kesan inferior mirage. Kerana bentuknya, fenomena itu digelar sebagai ‘evil sunrise’.

Walaupun Elias agak kecewa kerana tidak dapat menangkap bentuk ‘cincin berapi’ ketika puncak gerhana anulus itu, dia rasa puas hati dapat menangkap matahari ‘tanduk syaitan’ itu.

Malah, kali kedua dia melihat matahari muncul dari sebalik awan, sekali lagi ia berbentuk sabit menyerupai tanduk syaitan yang muncul dari langit.

Selepas gambar matahari tanduk syaitan itu tular, gerhana anulus seterusnya pada bulan Jun serta gerhana matahari penuh yang akan berlaku pada Disember 2020 pasti dinanti-nantikan oleh Elias.

Sumber: The Sun, Facebook

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

simulator pesawat main

Guru Di SK Gong Nangka Bina Simulator Pesawat Dari Barangan Terpakai

Foto sekadar hiasan

Guru Nasihat 5 Perkara Ini Jangan Dibuat Dalam Whatsapp Group Kelas