in ,

CryCry CuteCute LoveLove WTFWTF

Tular Video Tentang Reunion Sekolah, Tapi Lagu Pilihan Bikin Terhibur

page

Sesiapa sahaja pasti teruja untuk menghadiri majlis reunion sekolah mereka kerana teringin untuk melihat bagaimana orang lain telah berubah.

Tunjuk perubahan diri.

Bagi sesetengah orang pula, reunion sekolah adalah peluang penting untuk meninggalkan kenangan-kenangan lama yang buruk dan memalukan. Dengan ini mereka dapat membuktikan kepada rakan zaman kanak-kanak mereka siapa mereka sekarang dan mereka bukan lagi seperti dahulu.

BACA: Tindakan Penyeluk Saku Senyum, Minta Maaf Pada CCTV Undang Ketawa

 

Lebih-lebih lagi jika ada rakan-rakan yang masih melihat dan menganggap kita masih sama seperti dahulu.

Image result for reunion gif

Menunjuk dan membanding kejayaan.

Walau bagaimanapun, rakan yang hadir ke majlis reunion semata-mata untuk menunjuk kejayaan dan kemewahan hidup mereka sememangnya merosakkan suasana dan mood orang lain yang hidup bersederhana.

Image result for school reunion gif

Satu video oleh pengguna TikTok, Nicspirasi sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila dia mengketengahkan mesej yang berguna berkenaan reunion sekolah.

Dalam video yang tular, seorang bekas pelajar kelihatan gembira bertemu dengan rakan sekolah yang telah lama tidak bersua muka.

Namun rakannya itu membangkitkan tentang reputasinya ketika zaman sekolah dan membandingkan dirinya yang dahulu dengan sekarang. Malah rakan dia juga menunjuk-nunjuk kemewahan hidupnya sehingga membuat dia tidak senang.

Ternyata dia sendiri sebenarnya menyorokkan kemewahan hidupnya agar tidak membuat rakan lain rasa rendah diri. Lelaki itu juga mengingatkan bahawa reunion sekolah bukanlah bertujuan untuk banding membanding tetapi untuk menghargai persahabatan lama.

Seperti video sebelum ini, video dari Nicholas Aw itu mendapat perhatian kerana menggunakan bahasa Melayu walaupun pelakonnya berbangsa Cina.

Walaupun ada yang menyifatkan video itu sebagai cringe, tetapi rata-rata memuji usaha mereka mengketengahkan mesej positif menggunakan platform itu. Netizen juga sempat rasa terhibur dengan pemilihan lagu melayu yang digunakan di penghujung video tersebut.

“Kalau rasa toxic takyah g…”

Annotation 2020-01-15 194033

“X kena betul laa…”

Annotation 2020-01-15 193946

“Berdekah tak tahan…”

Annotation 2020-01-15 194231

“Tak mengecewakan betul…”

Annotation 2020-01-15 194501

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

amyra

Anak Amyra Rosli rambut pendek, dari comel terus jadi kacak!

page

“Biasanya Gini Nak Berkawan…”- Gelagat 2 Sepupu Bikin Netizen ‘Geram’