in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Video Lagu ‘Lawan Tetap Lawan’ Dari Kampung People Tular

lagu kampung people tular main

Dalam episod akhir drama Kampung People ada satu lagu yang dinyanyikan oleh penduduk kampung ketika babak mahu menyelamatkan Abu sekeluarga. Lagu dengan lirik ‘lawan tetap lawan’ itu telah menjadi tular dan sebutan ramai.

BACA: Lagi Bloopers Kampung People, Elly Mazlein Sendiri Tak Tahan Ketawa!

Dalam babak ketika penduduk tersedar yang keluarga Abu dalam bahaya itu, mereka bergegas mahu ke rumah Abu dengan menaiki kereta kancil milik ketua kampung. Malah dalam babak itu juga Badrul yang terpaksa berlari mengejar di belakang kereta kancil tersebut kerana tidak muat untuk naik sekali memang buat ramai terhibur.

Antara pelakon utama Kampung People
Antara pelakon utama Kampung People

Biarpun liriknya ringkas dan berulang-ulang, lagu dari Kampung People ini telah membuatkan ramai terhibur. Malah ada yang mula berkongsikan rakaman penduduk kampung menyanyikan lagu ini dalam video istimewa.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Honey K Hk:

Lagu dr cerita kampung people ni, betul2 berhantu dalam kepale otak aku 😂😂😂 nk tidur pun kepale otak kang kang ku kang kang…. Apooooooooooooo!!!!#kampungpeople

Posted by Honey K Hk on Wednesday, January 8, 2020

Amboi, Jekfer pun sama ‘naik’ dengan Tok Penghulu dan Tok Imam ya!

Menurut pemilik akaun ini di ruangan kapsyen, lagu dari cerita Kampung People ini benar-benar ‘berhantu’. Lagu ini membuatkan dia teringat-ingat sehinggakan ketika mahu tidur masih terngiang bunyi kang kang ku kang.

Video lagu ‘Lawan tetap lawan’ dari Kampung People yang dikongsikannya ini telah meraih lebih 323,000 tontonan dan 12,214 shares.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Tok Imam punnn, menkakap jugakk”

lagu kampung people tular 3

“Tok Imam tu kemain lagi”

lagu kampung people tular 1

“Gila tak lawak lagu ni”

lagu kampung people tular 2

Sumber: Honey K Hk

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

dayah

Sedih lepaskan suami bertugas jauh, ramai alami ‘situasi’ seperti Dayah Bakar

79723972_159578262016048_2389699598152830250_n-tile

Fizz Fairuz belanja video lagu Kampung People, netizen tertanya idea…