in

CryCry CuteCute LOLLOL OMGOMG WTFWTF

Wabak Semakin Menular, Ini Info Tentang Influenza Yang Anda Perlu Tahu

Foto sekadar hiasan / Sumber Foto: Medical News Today
Foto sekadar hiasan / Sumber Foto: Medical News Today

Sejak akhir-akhir ini berita mengenai beberapa kes influenza di Malaysia hangat diperkatakan. Saban hari ada sahaja kes terbaru yang membabitkan pesakit yang dijangkiti virus ini. Namun sejauh mana anda faham tentang apa itu virus tersebut? Ini yang anda perlu tahu info tentang influenza.

BACA: Dakwa Boleh Bahayakan Kesihatan, Trump Pertimbang Haramkan Ribuan Jenis Perisa Rokok Elektronik

Apa itu virus influenza?

Influenza adalah jangkitan virus pada hidung, tekak dan paru-paru yang mudah berjangkit dan merebak melalui udara. Di negara tropika seperti Malaysia, virus ini lebih mudah tersebar dari Oktober hingga Januari dan April hingga Jun setiap tahun.

Foto sekadar hiasan. Sumber: rtmagazine
Foto sekadar hiasan / Sumber Foto: rtmagazine

Virus influenza secara umumnya terbahagi kepada beberapa kategori sebagai influenza A, B dan C.

Apakah pula perbezaan antara ketiga-tiga virus ini?

Influenza A: Virusnya sangat berbahaya dan ia boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Influenza B: Tidak pandemik. Ada kalanya tidak teruk dan juga boleh jadi berbahaya. Ini kerana ia boleh menjangkiti manusia dan kesannya pula berubah-ubah.

Influenza C: Tidak epidemik, boleh menjangkiti manusia dan jarang berlaku.

Cara elak dari dijangkiti

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, vaksin influenza perlu diambil setiap tahun kerana beberapa faktor. Berikut adalah tiga faktornya:

1. Struktur virus influenza berubah setiap masa.
2. Formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun.
3. Formulasi ini mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang diunjurkan menular setiap musim.

Foto sekadar hiasan. Sumber: Today Show
Foto sekadar hiasan / Sumber Foto: Today Show

Selain dari vaksin anda boleh amalkan perkara berikut untuk elakkan diri dari dijangkiti:

  1. Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah.
  2. Basuh tangan dengan sabun.
  3. Pastikan tangan bersih bila pegang mata, mulut atau hidung.
  4. Tutup mulut ketika batuk dan bersin.

Tanda-tanda terkena jangkitan

Biarpun setelah bertahun-tahun masyarakat kita didedahkan mengenai influenza, namun masih ada yang tidak dapat membezakan antara selesema dengan jangkitan influenza. Jika individu ada gejala seperti berikut, dapatkan rawatan dengan segera. Ini antara tanda-tandanya:

  • Demam berpanjangan
  • Selesema berpanjangan
  • Batuk berpanjangan

Antara golongan yang berisiko tinggi dijangkiti:

Foto sekadar hiasan/ Sumber Foto: The Scientist Magazine
Foto sekadar hiasan/ Sumber Foto: The Scientist Magazine
  • Pesakit asma, jantung, diebetis dan kanser
  • Ibu mengandung
  • Kanak-kanak

Menerusi laporan Berita Harian, jangkitan influenza ini hanya boleh disahkan melalui sampel cecari hidung (nasal swab).

Namun begitu, keputusan melaluinya kadang-kadang tidak 100 peratus tepat. Jadi untuk dapatkan keputusan paling tepat, anda boleh jalani ujian nasal swab viral PCR (Polymerase Chain Reaction). Ujian ini melalui prosedur makmal genetik yang dilakukan dengan lebih komprehensif.

Harapnya dengan info tentang influenza ini dapat memberi bayangan serba sedikit mengenai virus yang kian menular ini.

Sumber: Berita Harian / Info sihat / mStar

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Kisah Louis, Kucing Buang Tabiat Disangka Hampir Mati, Tapi Sebenarnya…

ajak

“Dari Raja ke Maharaja…”- Trofi Ajak & Fad Bocey curi tumpuan, kapsyen di Instagram…