in

AngryAngry CryCry CuteCute OMGOMG WTFWTF

Wabak Wuhan Membimbangkan, Ini Langkah Berjaga-Jaga Boleh Diambil

wabak wuhan main 2

Selain Influenza, wabak Wuhan juga menjadi satu kebimbangan manusia di serata dunia. Wabak Wuhan atau lebih dikenali dengan jangkitan coronavirus itu mula tersebar di daerah Wuhan, China.

BACA: Wabak Semakin Menular, Ini Info Tentang Influenza Yang Anda Perlu Tahu

Sehingga ke hari ini, peningkatan penularan wabak tersebut cukup membimbangkan. Jumlah kematian akibat wabak coronavirus ini meningkat kepada enam di pusat bandar Wuhan, China pada 20 Januari.

Apa itu wabak wuhan?

Bermula Disember 2019, di Wuhan, Timur China, wabak misteri pneumonia atau radang paru-paru menular secara tiba-tiba di daerah itu. Difahamkan manusia yang terjangkiti tiada ubat atau rawatan khusus serta vaksin berlesen untuk merawat pesakit ini.

Sumber foto: BeritaHarianSg
Sumber foto: BeritaHarianSg

Virus tersebut turut menyebabkan panik kerana ia dikaitkan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Langkah berjaga-jaga yang boleh diambil:

  • Kerap mencuci tangan
  • Elakkan dari makan atau minum sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna seperti telur, susu, daging dan sebagainya.
  • Elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kandang haiwan.
  • Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk.
  • Elak sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala.
Sumber foto: Business Insider
Sumber foto: Business Insider

Sehingga ke hari ini selain China, negara lain yang turut dilaporkan ada kes wabak ini ialah Korea Selatan, Amerika Syarikat, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Thailand serta terbaru Singapura.

Sumber: Berita Harian / Kementerian Kesihatan Malaysia / Harian Metro

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

pensyarah

Pensyarah viral datang rumah ‘kejut’ pelajar bikin netizen rindu zaman belajar

janna nick2

“Makan lagi penting…”- Janna Nick tak control cun tepi kekasih raih perhatian ramai