in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Wanita didakwa rampas suami orang nafi kahwin, pihak isteri tampil- “Saya ada bukti”

dua wanita nama Hanna dan Yaya

Kecoh dengan pendedahan seorang wanita dikenali sebagai Hanna yang mendakwa suami dirampas oleh rakan baik yang sudah dianggap adik dan dedahnya juga, rakan baik yang dipanggil sebagai Yaya itu turut dikatakan telah bernikah senyap-senyap dengan suaminya.

BACA: Sahabat baik ‘rampas’ suami, wanita ini beri pesanan untuk jaga-jaga

Bagaimanapun, menerusi Harian Metro semalam wanita didakwa itu tampil menafikan dakwaan berkenaan dengan mengatakan dia tidak pernah berkahwin dengan sesiapa dan mendakwa pendedahan di Facebook itu fitnah.

dua wanita nama Hanna dan Yaya

“Saya tidak pernah berkahwin dengan sesiapa dan semua dakwaan dibuat di Facebook (FB) itu adalah fitnah.”

“Saya reda dengan ujian Allah. Allah ada bersama saya. Insya-Allah, Allah permudahkan segala urusan saya hendaknya.”

Nafi kahwin

Katanya juga, tidak ada alasan untuk dia berkahwin di Thailand seperti yang telah didakwa. Ini kerana, ayah wali sah dan ibu sentiasa bersama dirinya selama 24 jam selain menjelaskan dia tidak boleh memandu dan jika mahu kemana-mana mesti bersama ayahnya.

“Pada 6 Januari 2020 yang didakwa kononnya tarikh perkahwinan saya bersama lelaki itu di Thailand, ia tidak benar kerana pada hari itu saya sekeluarga berada di Kuantan kerana anak saudara dimasukkan ke hospital.”

Kata Yaya atau nama sebenarnya Haziqah Nurul Huda Harun kepada Harian Metro juga, dia tidak ingin mengulas lanjut mengenai fitnah berkenaan selain dia berharap kebenaran disebalik semua dakwaan yang tular itu terjawab nanti.

Pihak isteri ada bukti

Namun begitu, Hanna menerusi Harian Metro setelah dihubungi mengatakan dia mempunyai bukti wanita dikenali sebagai Yaya itu bercinta dengan suaminya.

“Saya mengetahui hubungan mereka pada November tahun lalu dan luluh hati saya apabila ditikam insan yang dianggap seperti adik dan suami sendiri.”

Hanna, ibu kepada tiga cahaya ini telah memuat naik status di Facebook mengenai kisah ‘ditikam’ rakan sendiri dengan mendakwa wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.

Perkara berkenaan sehingga kini menjadi bualan hangat netizen yang turut tular di sosial media sejak semalam.

dua wanita nama Hanna dan Yaya

Dalam pada itu, Hanna berkata juga dia bukan ingin memburukkan atau memfitnah mana-mana pihak namun dia mempunyai bukti. Selain, pendedahan darinya itu juga bagi memberikan pengajaran buat wanita lain.

“Saya tahu apa yang saya buat. Sebelum saya memuat naik status itu, saya sudah fikir sedalam-dalamnya dan mendedahkan ia kerana mahu orang tahu hal sebenar.”

“Saya tidak mahu ulas panjang kerana saya ada bukti dan akan panjangkan isu ini (bawa ke mahkamah) kerana dia menuduh saya memfitnahnya. Selain itu saya mahu membuktikan saya di pihak benar,” ujarnya dihubungi Harian Metro.

Hanna turut mengatakan sudah menfailkan penceraian ke atas suami dan melantik peguam. Dia juga tidak ingin memikirkan hal itu kerana hati sudah tawar.

Berkata mengenai perkenalan dengan Yaya, Hanna mula mengenalinya pada akhir Disember 2018 ketika hadir kursus mengenai perniagaan di Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sayonara kampung people main

Pengarah Kongsi Lagu Dalam Episod Akhir, Ramai Minta Kampung People 2

parodi jihan budak pelat kedah main

Parodi Jihan Muse Dengan Budak Loghat Kedah Buat Ramai Tertawa