in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Yana Samsudin Jana Pendapatan Melalui ‘Game Streaming’

yana samsudin streaming game main

Sebelum ini pernah tular dengan satu kisah seorang suri rumah yang menjana pendapatan dengan hanya membuat game streaming. Terbaru, seorang pelakon tanah air turut melakukan perkara sama. Pelakon tersebut adalah Yana Samsudin yang jana pendapatan melalui ‘game streaming’.

BACA: Kisah Inspirasi Suri Rumah Raih Pendapatan Melalui Game PUBG

Zaman teknologi hari ini, ramai yang kreatif dalam menjana pendapatan. Tiada lagi istilah waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang untuk meraih pendapatan. Dalam kata ringkas, dalam dunia maju kini kalau kreatif mudah untuk mendapatkan wang.

Ini yang dilakukan oleh pelakon, Yana Samsudin yang kini aktif melakukan ‘game streaming’ sejak Ogos lalu melalui laman Facebook miliknya.

yana samsudin streaming game 1

Menerusi laporan Harian Metro, pelakon wanita ini akan menghabiskan masa 3 hingga 6 jam sehari untuk membuat game streaming ini.

Yana Samsudin yang sememangnya berminat bermain game sejak dibangku sekolah lagi berkata suaminya, Fadzil Zahari faham akan minatnya itu.

Menariknya aktiviti yang dilakukannya ini bukanlah hanya membuang masa. Ini kerana dia turut dapat menjana pendapatan secara tidak langsung. Menurutnya dia menerima bayaran yang dibuat oleh pihak Facebook Gamers.

yana samsudin streaming game 2

Walaubagaimanapun Yana Samsudin tidak mendedahkan jumlah pendapatannya melalui streaming game ini.

Inilah yang dikatakan ‘hendak seribu, tak hendak seribu dalih’. Jika ada usaha pasti ada hasilnya. Apa yang penting adalah kreatif dan bijak mengambil peluang yang ada.

Sumber: Harian Metro / Yana Samsudin

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nabila

“Kami ikat perut…”- Kisah Puteri Balqis makin jadi perhatian. Selebriti tampil…

page

Buang Bekas Pensil Baru Dalam Tong Sampah, Tindakan Ibu Ini Dipuji