Keletah anak-anak yang masih kecil membuat sesuatu perkara yang luarbiasa dari kebiasaannya sememangnya mampu membuatkan kita yang dewasa terpegun. Terbaru satu video yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak menjual barang menjadi tular di sosial media.
BACA: Tetap Mahu Beli Biarpun Sudah Habis, Aksi Budak Ini Bikin Berdekah!
Gelagat kanak-kanak ini yang sedang menjual dengan teknik pemasaran boleh tahan hebatnya telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dua hari lalu.
Menerusi video berdurasi satu minit 37 saat yang dikongsikan itu kelihatan seorang kanak-kanak berbaju kemeja bunga biru sedang menjual penanda buku. Cara penerangan yang dibuat oleh adik ini memang menjadi tumpuan ramai. Sangat petah berkata-kata dan tidak kekok langsung!

Berikut adalah video kanak-kanak menjual dengan cara tersendiri yang dikongsikan oleh pengguna Twitter ini:
Kecik lagi kot dah power marketing, siap bagi free gift doa lagi kt customers. Besor nanti mesti lagi power ni in shaa Allah dik pic.twitter.com/uobI6LtxFM
— Mohd Eem (@mohdzaheem) February 4, 2020
Hebat bukan cara pemasaran adik ini? Lebih menarik, kanak-kanak ini siap memberi hadiah doa buat pelanggannya.
Rakaman tersebut telah meraih lebih 326 ribu tontonan dan 21,400 retweets serta 24,300 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi kagum bakat kanak-kanak ini berniaga. Berikut antara kata pujian mereka yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Rambut style, power marketing huhu”
“Petah bercakap macam ni kalau jual sparepart motor pun aku beli walaupun aku takde motor”
“Fuh power gila budak ni bila dah besar..skrg pun dah power gila…”
“Bagus parent dia ajar anak-anak dia mula dari bawah, bkn besar nanti terus jd ceo and lupa daratan”
Sumber: Mohdzaheem